Persona Energy dan UTM bekerjasama membangunkan program permotoran bersepadu


Persona Energy Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mewujudkan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan program sukan permotoran bersepadu dalam institusi kejuruteraan terkemuka Malaysia di UTM.

Kerjasama, Program Perantisan Pemindahan Teknologi permotoran Xcelerator (TTAP Xcelerator) ialah platfom pendidikan yang direka khas untuk menyediakan kelayakan mikro kepada bakat kejuruteraan, mempercepatkan laluan mereka ke dunia sukan permotoran yang lebih menarik.



Majlis perjanjian MoU yang diadakan di Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur itu dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Persona Energy dan Pelumba Antarabangsa Malaysia, Jazeman Jaafar, bersama Profesor Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM.

TTAP Xcelerator ialah platfom berstruktur bersama yang direka untuk memberi peluang kepada individu yang bersemangat untuk mendapatkan pensijilan modul yang dipertingkatkan dan diiktiraf, memperkasakan mereka untuk memajukan kerjaya mereka. Bakat terpilih akan diserapkan terus untuk menimba pengalaman di trek perlumbaan dengan memberikan pendedahan langsung untuk mempelajari kemahiran teknikal dan praktikal daripada jurutera perlumbaan terkenal, principal pasukan dalam sukan permotoran terkemuka serta ketua mekanik berpengalaman.

“Sukan permotoran adalah bidang yang sangat tinggi permintaan , terutamanya dari segi aplikasi teknologi, kejuruteraan kenderaan dan pengurusan pasukan, yang merupakan elemen kritikal dalam pembentukan kumpulan bakat tempatan yang berkemahiran tinggi dan berkebolehan. Program TTAP Xcelerator direka bentuk dengan memberi penekanan kepada pembelajaran praktikal dan pengalaman untuk mempercepatkan pembangunan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman peserta”, kata Profesor Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi bin Ismail.

TTAP Xcelerator ialah peluang yang benar-benar unik bagi individu yang bersaing untuk kerjaya dalam industri automotif dan sukan permotoran, mewujudkan asas yang kukuh melalui senario dunia sebenar untuk bakat muda dan yang sedia ada untuk meningkatkan pengetahuan mereka bukan sahaja dalam bidang teknologi kejuruteraan dan keselamatan, tetapi juga membolehkan tingkap ke dalam pengurusan pasukan, penajaan dan pemasaran, dan organisasi struktur pelbagai disiplin sukan permotoran.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) cemerlang dalam kemajuan teknologi dan kejuruteraan automotif, dengan fokus R&D yang kukuh dalam sektor automotif, manakala TTAP membawa kepakaran dalam sukan permotoran, terutamanya melalui perkongsian dengan pengeluar kereta terkemuka dunia iaitu Porsche Motorsport Asia Pacific. TTAP dan UTM bersama-sama bergabung tenaga untuk menawarkan pengalaman pendidikan "yang pertama seumpamanya" yang merapatkan kejuruteraan automotif dan sukan permotoran, pada masa yang sama membina kumpulan bakat tempatan di Malaysia yang mampu berintegrasi dalam pasukan perlumbaan antarabangsa dari bawah, menyumbang kepada pertumbuhan industri automotif dan mobiliti tempatan.

Keseluruhan proses pembelajaran ini menyediakan bakat Malaysia dengan pendedahan bekerja dan latihan di peringkat antarabangsa – “Sukan permotoran adalah industri yang memerlukan komitmen penuh daripada jurutera. Dengan kerjasama Persona Energy dan UTM, program TTAP Xcelerator akan mengasah potensi kemahiran dan kepakaran peserta dalam sukan permotoran dan kejuruteraan berprestasi tinggi melalui gabungan perantisan pengajaran dan sukan permotoran.

Daripada program ini, hasrat kami adalah untuk memastikan bakat kami bersedia untuk melanjutkan kerjaya mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa dengan pensijilan yang diiktiraf setelah tamat program. 




Dengan pembangunan teknologi tinggi dalam sukan permotoran, ini akan membolehkan kami memanfaatkan pemindahan teknologi yang akan meningkatkan pembangunan untuk industri automotif dan sukan permotoran tempatan.”, kata pengasas TTAP, Jazeman Jaafar, yang juga Mentor program TTAP

Comments

Follow Us