- Get link
- X
- Other Apps
Desas desus kencang bertiup di mana Yamaha sedang mempersiapkan enjin V4 bagi jentera mereka di arena MotoGP. Seperti yang sudah diketahui hanya Yamaha sahaja yang menggunakan enjin 'inline' ketika ini dan ia dilihat amat sukar untuk bersaing dengan jentera-jentera lain terutama Ducati, KTM dan Aprilia.
Satu gambar 'crankshaft' terbaharu juga telah 'leak' di mana jelas kelihatan saiznya yang pendek dan konfigurasinya adalah untuk enjin V4.
Diselongkar dengan lebih dalam, Yamaha menggunakan khidmat kepakaran dari F1 yang mana turut membantu dalam pembangunan jentera Aprilia. Ini kerana Yamaha tidak ada model enjin V4 bagi 4 lejang sebelum ini maka ia boleh dikatakan sebagai bermula dari kosong. Oleh sebab itu, bagi memastikan apa yang diusahakan mendapat hasil yang baik maka kepakaran pihak yang sudah berpengalaman harus diguna pakai.
Dipercayai bahawa mereka akan menggunakan enjin baharu tersebut bermula pada tahun hadapan, 2025. Apapun bagi pengesahan maka perlulah kita nantikan sesi ujian rasmi penghujung musim di Valencia nanti.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment