Satu penghormatan buat Aleix.


Mahu teruskan atau tidak, ia 100% terletak di bahu Aleix Espargaro yang mana pelumba utama bagi Pasukan Aprilia. Aleix merupakan pelumba paling senior dan berpengalaman di arena MotoGP ini dan telah tercetus desas desus perihal persaraan beliau. Walaubagaimanapun, di pihak Aprilia, kontrak penyambungan sentiasa tersedia sekiranya pelumba Sepanyol itu masih berhajat untuk meneruskan karier.

Secara simboliknya, keterbukaan Aprilia itu menandakan satu penghormatan kepada Aleix atas segala jasa dan kesabarannya sepanjang bersama Aprilia sejak pengeluar Itali tersebut menceburkan diri di MotoGP. Bukan satu tempoh yang singkat dilalui oleh Aprilia untuk capai tahap kompetetif seperti sekarang malah bertahun mereka menjadi bahan perlecehan dan tidak dipandang oleh kebanyakan pelumba. Walaubagaimanapun kini keberadaan mereka di litar sering mendapat perhatian dan mula menarik minat ramai pihak.

Aleix pada mulanya melangkah ke kategori utama secara penuh pada Tahun 2010 bersama Ducati. Ia hanya bertahan untuk setahun kemudian beliau kembali ke Moto2. Tahun berikutnya iaitu 2012, beliau kembali ke MotoGP dan bermula 2017, kerjasama antara beliau dan Aprilia mula terjalin. Ini bermakna hingga ke saat ini, mereka telah menempuh saingan MotoGP buat tahun ke-8 dan ia satu tempoh yang cukup lama. Maka tidak mustahillah Aleix menjadi pelumba kesayangan dan terhormat daripada Aprilia lalu selayaknya dilayan dengan baik.

Comments

Follow Us