Cadangan Jorge Lorenzo.


Antara topik hangat yang menarik perhatian ramai sudah tentu perihal dua pelumba Ducati iaitu Jorge Martin dan Marc Marquez. Ini ekoran keduanya tercalon untuk dinaikkan ke pasukan utama Ducati tahun hadapan.

Melihat situasi semasa, bekas pelumba Ducati, Jorge Lorenzo merasakan Ducati berada dalam keadaan yang sangat bertuah sekarang memandangkan dua nama tersebut merupakan pelumba yang mampu menjadi juara dunia dan seterusnya menjulang lagi nama Ducati.

Untuk tidak melepaskan keistimewaan ini, Lorenzo mencadangkan supaya Ducati mengangkat Martin bagi bergandingan dengan Pecco di Pasukan Ducati Lenovo. Bagi Marquez pula, cukup untuk memindahkan beliau ke Pasukan Pramac kerana kemahuan utama Marc sekarang ini ialah jentera terbaharu. Dengan ini Ducati tidak akan kehilangan kedua pelumba sensasi tersebut.

Comments

Follow Us