DiGia tekad mahu jadi yang terbaik.


Kesulitan dalam memilih pelumba terbaik bagi melengkapkan barisan pelumba utama pasukan Ducati Lenovo bila mana tiga nama sedang dinilai. Ketiga-tiganya kini mempunyai rekod dan potensi yang baik malah Gigi Dalligna selaku 'mastermind' Ducati mengaku bahawa beliau sekarang sedang mengalami fasa yang sukar setelah melihat perkembangan Enea, Martin dan Marc yang begitu cemerlang sekali.

Seorang lagi pelumba dari kem Ducati, Fabio DiGiannantonio yang kini bersama Pasukan VR46 tertanya-tanya mengapa nama beliau tidak turut tersenarai bagi berada di pasukan kilang Ducati? 

Fabio sedar bahawa untuk menjadi salah seorang pelumba terbaik Ducati mestilah mempunyai prestasi yang cemerlang dan terbukti mampu menjulang nama Ducati ke tahap tertinggi seperti mana yang telah dilakukan oleh Pecco Bagnaia dalam tahun-tahun yang lalu. Dengan peluang yang masih dimiliki, DiGia tekad akan turut menjadi seorang pelumba di kem Ducati yang kuat dan berdaya saing tinggi. 

Untuk rekod, pelumba dari Itali ini telah memenangi sekali perlumbaan MotoGP pada tahun lepas iaitu di tahun keduanya berada dalam kategori perdana. Ia satu rekod yang amat baik dan membuktikan bahawa dirinya seorang yang cepat belajar seperti mana pelumba-pelumba yang lain.

Comments

Follow Us