"Duit? Nope."


Menjadi pelumba dengan bayaran termahal di MotoGP kini, Fabio Quartararo telah menandatangani kontrak baharu untuk terus kekal bersama Yamaha sehingga 2026.

Dalam wawancara bersama MotoGP, juara dunia satu kali tersebut mengungkapkan bahawa 'environment' kerja di Pasukan Yamaha kini terasa amat berbeza dan ia sangat positif. Dengan ramainya muka-muka baharu terutama mereka yang pernah berkhidmat bersama Ducati, telah menjadikan gerak kerja Yamaha kian pantas.

Pun begitu Fabio tetap realistik bahawa tahun ini bukanlah waktu untuk kembali mengejar podium mahupun kemenangan namun tujuan utama ialah kembali kepada suasana kerja yang produktif. Pihak Yamaha juga disifatkan sangat bersemangat untuk kembali ke tahap tertinggi seperti sebelum ini.

Pada masa sama Fabio juga menyangkal dakwaan yang mengatakan beliau kekal bersama Yamaha atas dasar bayaran semata kerana ia bukanlah yang terpenting.

Comments

Follow Us