- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Gresini Racing antara pasukan yang sangat aktif dalam arena MotoGP. Mereka pernah bersama Aprilia sebelum ini kemudian beralih kepada Ducati dan kekal hingga sekarang. Walaupun sangat berpengalaman namun mereka belum pernah merangkul juara dunia di era MotoGP.
Dalam masa terdekat ini berlegar khabar bahawa Gresini ada kemungkinan akan berpindah kepada Yamaha pula setelah pengeluar Jepun tersebut inginkan satu pasukan satelit bagi mempercepatkan pengembangan jentera mereka supaya mampu kembali kompetetif seperti dahulu.
Nadia, seorang pengemudi pasukan Gresini Racing telah ditanya berkenaan perpindahan ke Yamaha seperti yang digembar gemburkan. Soalan diaju pada FrenchGP lalu dan dengan jelas beliau mengatakan bahawa kerjasama antara Gresini dan Ducati akan berterusan.
Nadia menambah, beliau langsung tak jangkakan pelumba mereka akan berada di kedudukan agak atas keseluruhan apatah lagi mencabar gelaran juara dunia namun kini ia dilihat tidak mustahil. Kedatangan Marc Marquez ke kem mereka telah menyuntik semangat untuk menjadikan apa yang diidamkan yang dilihat mustahil dahulu sebagai tidak lagi mustahil.
Selepas perlumbaan FrenchGP lalu, Marc Marquez kini berada di kedudukan ke-3 championship di bawah juara dunia tahun lepas, Pecco Bagnaia.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment