"Long straight mereka laju" - MM93


Marc Marquez yang memacu jentera Desmosdici GP23 telah bersaing hebat dengan juara dunia Pecco Bagnaia di Sepanyol lalu. Jentera di pasukan kilang sudah tentu yang terbaharu iaitu GP24 dan semestinya terdapat perbezaan di antara keduanya.

Marc telah mengungkapkan perihal perbezaan yang paling ketara antara keduanya iaitu GP24 memiliki kecepatan dan kelajuan maksimum lebih tinggi berbanding GP23.

Dalam perlumbaan SpanishGP lalu, Marc berhempas pulas mengejar Jotge Martin dan juga Pecco sehingga di hujung perlumbaan berlaku duel yang mendebarkan antara juara dunia 8 kali dengan sang juara 2 kali.

Marc amat memuji kestabilan Desmosdici ketika berada di selekoh dan mengatakan tiada perbezaan antara GP23 dan GP24 namun sebaik mereka memecut keluar tikungan maka Pecco akan lebih cepat. Oleh sebab itu Marc terpaksa berkerja lebih keras ketika berada di zon 'entry corner' bagi memastikan dirinya kembali rapat dengan Pecco dan ianya bukan kerja mudah.

Comments

Follow Us