- Get link
- X
- Other Apps
Setelah berpindah ke Ducati daripada Honda maka kini Marc Marquez telah menemui jawapan atas persoalan daripada dirinya sendiri. Adakah masih relevan? Adakah masih berdaya saing? Adakah masih boleh berada di hadapan? Semua pertanyaan ini telah bermain dalam jiwa Marc ketika bersama Hobda dahulu.
Setelah beliau mula memacu Desmosedici dari Ducati dan berlumba dengannya, Marc kini kembali merasai keyakinan yang telah lama hilang. Beliau merasakan dirinya masih mampu untuk terus bersaing di lapangan MotoGP menentang pelumba-pelumba muda yang lebih bertenaga dan agresif.
Untuk sasaran tahun hadapan, Marc yang bakal tamat kontrak pada hujung tahun ini, telah menjelaskan bahawa dirinya sekarang terbuka kepada semua pihak pengeluar yang ingin bekerjasama dengannya. Cuma satu syarat yang ditegaskan iaitu jentera yang dibekalkan adalah wajib yang terbaharu. Beliau tidak kisah samada berada di pasukan utama atau satelit asalkan jentera yang dipacunya nanti adalah yang terbaharu.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment