Martin mula sedar.


'Peperangan' dalam  merebut gelaran juara dunia tahun lepas antara Jorge Martin dan Prcco Bagnaia antara yang sangat menarik kerana ia berlarutan hingga ke perlumbaan terakhir di Valencia. Pemenang akhirnya dinobatkan kepada Pecco dan itu adalah kali kedua untuknya di kategori perdana.

'Post moterm' dibuat oleh Jorge Martin bagi mengenal pasti sebab utamanya tidak berjaya merampas gelaran juara tersebut dan didapati bahawa banyak kesilapan yang telah dilakukan adalah berpunca daripada emosi dirinya sendiri.

Kita tahu bahawa perlumbaan MotoGP ini memerlukan fokus yang amat tinggi supaya minda dapat mengawal tindakan yang dibuat dan jika ia sedikit gopoh atau tidak tenang maka kesilapan akan dilakukan. Ini semua berkaitan dengan mental dan emosi seseorang pelumba.

Menyedari akan hal ini, Martin buat musim ini telah mendapatkan khidmat 'coach' bagi memastikan tindakan yang dilakukan adakah terkawal baik tanpa dipengaruhi emosi yang merugikan. Kita dapat lihat kini Martin lebih tenang dalam membuat keputusan ketika perlumbaan sedang berlangsung sehingga mendominasi carta kejohanan.

Comments

Follow Us