Masa depan Raul..


Pelumba MotoGP bagi Pasukan baharu iaitu Trackhouse Racing kini dalam kedudukan yang kurang terjamin. Pelumba muda dari Sepanyol tersebut pada awal penampilannya memacu jentera KTM dan kini beralih ke Aprilia.

Melihat kepada prestasi pelumba-pelumba utama Aprilia iaitu Aleix Espargaro dan Maverick Vinales, ternyata ia amat jauh berbeza dengan Raul. Top Gun dan Aleix pernah menang dengan RS-GP namun Raul pula tidak pernah menjulang mana-mana trofi di podium.

Menurut pengurus pasukan Trackhouse, Davide Brivio, Raul tidak mencapai kpi yang ditetapkan oleh pasukan. Beliau inginkan Prestasi Raul meningkat lebih bagus dalam masa terdekat setelah mana jentera Aprilia yang dibekalkan terbukti mampu untuk bersaing di kelompok hadapan.

Keputusan terbaik pernah diperoleh oleh Raul sepanjang bersaing di kategori utama MotoGP adalah pada tahun lepas iaitu tamat perlumbaan di tempat ke-5 pada saingan terakhir di Valencia.

Comments

Follow Us