Miller mahu kekal di MotoGP.


Jack Miller, satu nama yang sering kali mendapat perhatian pada setiap minggu perlumbaan. Kebiasaannya, di permulaan perlumbaan dirinya pasti menjadi salah seorang pencabar di kumpulan hadapan namun selepas setengah perlumbaan beliau sering dilihat tercicir ke belakang.

Prestasi Jack di KTM dilihat sudah tepu kerana persembahannya sering berulang. Keputusan terakhir tidak begitu baik walaupun permulaannya agak bagus. Berada di pasukan utama KTM sudah tentu menanggung maruah yang lebih tinggi dan besar akan tetapi tentangan daripada pelumba baru di kem GasGas iaitu Pedro Acosta amat sukar dikekang.

Oleh sebab itu, kedudukan Jack di KTM sedikit sebanyak agak tergugat dan kurang diyakini mampu untuk terus berkembang maju. Jack kini sudah tentu bermati-matian berusaha untuk membuktikan bahawa dirinya antara yang terbaik di kem KTM sendiri bagi menjamin tempatnya kini terus selamat.

Walau bagaimana pun, sekiranya masa depannya di KTM berakhir, kariernya di MotoGP dilihat akan terus bertahan bila mana dilaporkan pihak Honda telah mendekati Jack bagi mendapatkan kembali khidmatnya. Jack dan Honda pernah bekerjasama pada Tahun 2015 hingga 2017 dan juga pernah menang perlumbaan dengan RC213V.

Hal ini sedikit sebanyak sudah tentu melegakan Jack yang mana belum berhasrat untuk keluar daripada arena MotoGP. Beliau masih ingin terus berlumba di lapangan terbaik dunia ini selama mana yang boleh. Usianya kini baru 29 tahun dan boleh dikira masih muda untuk bersara. Untuk pengetahuan semua, tahun ini ialah musim ke sepuluh Jack berlumba di kategori perdana MotoGP.

Comments

Follow Us