Panas betul.


Teknologi pada jentera MotoGP kian meningkat menjadikan ia lebih kompleks dan mampu bekerja dengan lebih baik. Tidak ketinggalan antara bahagian yang penting bagi menjadikan seseorang pelumba mampu meluru lebih laju di litar ialah sistem brek.

Brembo ialah pengedar sistem brek bagi kesemua jentera MotoGP yang bertanding kini. Revolusi sentiasa ada menunjukkan department R&D mereka berkerja setiap waktu. Jika dahulunya brek disk yang digunakan adalah daripada besi namun kini ia ditukar kepada karbon. Jelas dengan penggunakan bahan karbon maka jentera mampu diperlahankan dengan cepat dan lebih baik. 

Pada perlumbaan FrenchGP semalam, Brembo telah berkongsi tentang suhu maksimum yang dicapai pada disk hadapan iaitu 680°C. Catatan ini menunjukkan haba yang ditanggung dapat mencairkan aluminium.

Comments

Follow Us