Pening pening...


Hot seat buat musim depan sudah boleh kita umumkan sekarang iaitu pada pasukan utama Ducati, Ducati Lenovo Team. Walau bagaimana pun hanya satu sahaja tempat yang kosong sekarang ini setelah mana juara dunia 3 kali, Pecco Bagnaia bakal kekal terus menyarung warna merah.

Ini bermakna tempat yang dimiliki Enea Bastianini kini agak mula goyah. Pun begitu ia bukanlah bermakna beliau pasti akan ditendang keluar kerana dirinya masih menjadi calon bagi pelumba utama pengeluar Itali itu.

Dua lagi nama yang telah disahkan oleh orang besar Ducati, Gigi Dalligna ialah Jorge Martin dan juga Marc Marquez. Martin sebelum ini sudah dengan lantang menyuarakan hasrat untuk berada di pasukan kilang dan merasakan dirinya jauh lebih layak jika dibandingkan dengan Enea sementelah beliau berjaya menduduki tempat kedua keseluruhan pada musim lepas.

Bagi Marc pula, beliau mengesahkan bahawa ada pasukan kilang telah mendatanginya namun ia hanyalah pertemuan permulaan dan bukanlah secara terus ditawar kontrak. Ia masih baru dan proses perbincangan lanjut pasti berjalan sekiranya Ducati merasakan Marc harus dipilih.

Comments

Follow Us