Percaturan mesti beranalisis.


Enjin merupakan tulang belakang kepada jentera yang bertanding supaya mereka dapat mengharungi perlumbaan dengan cemerlang. Dalam satu musim, setiap pasukan yang bertanding hanya dibenarkan untuk menggunakan maksimum 7 buah enjin bagi seorang pelumba. Jika penggunaan lebih daripada itu maka penalti akan dikenakan terhadap pelumba tersebut. 

Pengurusan penggunaan enjin seterusnya diambli serius supaya prestasi pelumba dapat ke tahap optimum. Kebiasaan pada setiap minggu perlumbaan, setiap pelumba akan dibekalkan dengan 3 buah enjin. 2 buah enjin dipasang pada setiap jentera manakala sebuah lagi berada dalam mode bersiap siaga. Sekiranya salah satu daripada dua enjin tersebut mengalami kerosakan total maka enjin 'spare' akan digunakan.

Setiap enjin akan dicatat jarak kilometer yang telah dilalui mereka. Ia dalam dunia automotif lebih dikenali sebagai odometer. Setiap kali minggu perlumbaan bermula, enjin yang mempunyai bacaan odometer lebih tinggi akan digunakan pada hari Jumaat iaitu untuk sesi free practice dan practice. Enjin dengan bacaan odometer yg lebih rendah pula biasanya mula dipakai untuk sesi 'qualifying' hinggalah perlumbaan sprint dan perlumbaan utama pada Hari Ahad.

Oleh sebab itu kebiasaan berlaku di mana satu-satu pelumba itu kita dapat lihat catatan masa pada Hari Jumaat tidaklah begitu bagus namun di Hari Sabtu terutama pada sesi kelayakan, masa yang dicatat agak baik.

Setiap enjin hanya digunakan sehingga jarak 2000km sahaja. Setiap kali tamat minggu perlumbaan, minyak enjin yang telah digunakan akan dianalisis bagi melihat picisan logam enjin yang dikandung. Ini bertujuan supaya setiap pengeluar tahu bahawa enjin tersebut masih dalam keadaan baik atau tidak walaupun baru sahaja digunakan. Setiap kali bermulanya sesi baharu, setiap enjin akan menggunakan minyak enjin yang baharu dan setiapnya mempunyai bekas tadahan yang berasingan.

Comments

Follow Us