PERUBAHAN DEMI PERKEMBANGAN


📷MOTOGP


PERUBAHAN DEMI PERKEMBANGAN

Pada permulaan musim 2007, peraturan baharu yang menghadkan penggunaan bilangan tayar pada minggu perlumbaan dan pengurangan saiz enjin daripada 990cc kepada 800cc. Pada tahun tersebut Pasukan Ducati menerusi pelumbanya Casey Stoner#27 telah mencipta sensasi sehingga berjaya menjadi juara dalam kelas perdana dengan menggunakan jentera 800cc.

Untuk pengetahuan umum antara punca pihak penganjur menurunkan kapasiti enjin ke 800cc adalah kerana pada musim 2006 telah berlaku satu insiden pada pusingan ke 7 di Litar Catalunya. Insiden tersebut berlaku di selekoh pertama yang membabitkan 5 orang pelumba. Insiden ini mula berlaku apabila Pelumba Pasukan Ducati Sete Gibernau#15 hilang kawalan lalu melanggar rakan sepasukannya Loris Capirossi#65 turut terlibat sama dalam insiden tersebut ialah Marco Melandri#33, Randy de Puniet#17, Dani Pedrosa#27 dan John Hopkins#21. 

Lantaran daripada insiden yang berlaku Sete Gibernau#15 dan Loris Capirossi#65 mengalami gegaran otak serta patah tulang selangka manakala Marco Melandri#33 mengalami shoulder dislocate serta turut mengalami gegaran otak.

Kini setelah 2 dekad berlalu, sekali lagi pihak penganjur melakukan perubahan kepada jentera dengan melakukan pengurangan kapasiti enjin daripada 1000cc ke 850cc dan penggunaan enjin juga dihadkan daripada 7 ke 6 sahaja semusim. Bukan itu sahaja malah terdapat beberapa perubahan yang turut diubah antaranya kapasiti tangki minyak dikurangkan daripada 22 liter ke 20 liter, tambahan lagi, bahan bakar yang digunakan pada jentera mestilah merupakan 100% bahan bakar yang mampan.

Bahan bakar yang mampan merujuk kepada bahan bakar yang dihasilkan atau digunakan dengan cara yang tidak merosakkan alam sekitar secara melampau atau berterusan. Hal ini termasuk bahan bakar yang berasal dari sumber yang diperbaharui secara semula jadi seperti tenaga matahari, angin, atau biofuel dari tanaman yang ditanam semula, dan juga teknologi yang meminimumkan impak negatif ke atas alam sekitar semasa penghasilan, penggunaan, dan pembuangan. Melalui cara ini ianya akan membantu mengurangkan kebergantungan terhadap bahan bakar fosil yang menyumbang kepada pemanasan global dan pencemaran alam sekitar.

Seterusnya, penggunaan Aero-Kit juga akan dihadkan pada tahun 2027 dengan ukuran spesifikasi yang ditetapkan adalah pada permukaan hadapan tidak boleh melebihi 50mm dan lebar hanya 550mm. Pada bahagian belakang Aero-Kit jentera, setiap pasukan hanya boleh melakukan kemaskini 1 kali sahaja semusim.

Peranti Rear Height & Holeshot akan diharamkan penggunaan kepada jentera menjelang musim 2027, ini juga merupakan pembaharuan yang dilakukan oleh pihak penganjur. Di samping itu, sistem GPS diwujudkan untuk semua pelumba bagi semua pasukan memperolehi data selepas setiap sesi yang dijalankan. Dengan slogan Racing For The Future ayuh sama-sama menantikan perubahan yang akan berlaku pada musim 2027.

Penulis: Zuarimi,A.





Comments

Follow Us