Saham Martin agak laku.


Jorge Martin, pelumba dari kem Ducati dilihat cukup kuat sekarang ini setelah memenangi 2 perlumbaan dan sedang mendominasi kedudukan teratas kejuaraan. Walau bagaimana pun, auranya masih belum cukup meyakinkan pihak utama Ducati bagi mengangkatnya ke pasukan kilang pada musim hadapan.

Martin dari tahun lepas lagi menegaskan bahawa beliau inginkan berada di pasukan kilang Ducati dan merasakan dirinya layak setelah bertarung dengan Pecco bagi merebut gelaran juara dunia 2023 namun pihak Ducati telah memilih Enea Bastianini untuk bergandingan dengan Pecco. Ia menimbulkan ketidak puasan hati Martin dan di awal kusim 2024 beliau telah mengumumkan bahawa hanya akan menyambung kontrak bersama Ducati jika ditawarkan tempat di pasukan kilang atau beliau akan berpindah ke pasukan lain.

Hingga ke saat ini, Ducati masih belum memberi kata putus dan yang terbaru, Gigi Dalligna mengatakan bahawa terdapat tiga calon utama yang perlu dinilai bagi menjadi rakan Pecco untuk musim hadapan. Mereka ialah Martin sendiri kemudian Enea dan juga Marc Marquez. Martin dengan nada yang sedikit kecewa mendengar komen Gigi tersebut seakan-akan tahu bahawa dirinya berkemungkinan besar tidak dipilih memandangkan pesaingnya ialah Marc Marquez.

Dalam beberapa hari ini, tersebar pula berita di mana terdapat dua pasukan amat berminat untuk mendapatkan khidmat Martin. Mereka ialah KTM dan juga Aprilia. Martin ada menjawab pertanyaan media berkenaan hal ini dengan mengatakan beliau sekarang sedang menunggu kata putus daripada Ducati terlebih dahulu sebelum memberi jawapan kepada dua pasukan tadi. 

Comments

Follow Us