Sudah tak tahan.


Siapa yang ingin sentiasa berada di belakang pada setiap perlumbaan? Sudah semestinya jawapannya ialah tiada seorang pun yang mahu ketinggalan. Walaubagaimanapun, itulah dilema yang dilalui oleh pelumba-pelumba Repsol Honda iaitu Joan Mir dan Luca Marini.

Dengan prestasi jentera yang dirasakan sungguh tidak berdaya saing maka kedua pelumba ini mula bercatur untuk pindah ke pasukan lain walaupun di tempat satelit.

Mir yang kini sudah berada di tahun kedua bersama Honda merasakan bahawa kariernya berada di tahap yang amat buruk tidak seperti ketika bersama Suzuki satu masa dahulu. Mir menyifatkan jentera yang dipacunya kini langsung tidak mampu untuk bertarung dan yang lebih menyedihkan, jentera prototaip untuk musim hadapan adalah jauh lebih teruk.

Juara dunia satu kali itu juga mendakwa beliau telah diambang hujung karier sekiranya tiada tempat untuk dirinya nanti. Kontrak beliau akan berakhir pada hujung tahun ini dan beliau amat berat untuk menyambung kontrak bersama Honda namun belum dimuktamadkan adakah akan bersara jika tidak berjaya ke pasukan lain.

Bagi Luca Marini pula, beliau sekarang tidak kisah jika menamatkan kontrak lebih awal iaitu hujung tahun ini. Kontraknya bersama Honda adalah bertempoh dua tahun. 

Comments

Follow Us