Massimo mahu gelaran dunia tahun hadapan.


CEO Aprilia Racing di MotoGP tekad ingin mencipta nama yang paling gah buat Aprilia untuk tahun hadapan. Dengan termeterainya kontrak antara mereka dengan Jorge Martin baru-baru ini maka Massimo yakin usaha untuk mendapat gelaran juara dunia akan berhasil tidak lama lagi.

Massimo dengan tanpa ragu-ragu melaungkan impian untuk pelumbanya menjadi juara dunia seawal 2025. Walaupun musim hadapan merupakan musim pertama Martin memacu RS-GP namun Massimo amat yakin yang Martin bakal menyerlah seawal perlumbaan pertama nanti.

Secara rekod, kedudukan terbaik Aprilia di ranking dunia ialah tempat ke-4 bersama pelumbanya iaitu Aleix Espargaro pada Tahun 2022. 

Comments

Follow Us