- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
"Pelumba tiada 'resepi' jentera kami." - Gigi Dalligna.
Berpindahnya dua pelumba hebat dari kem Ducati iaitu Enea Bastianini dan Jorge Martin telah menimbulkan spekulasi bahawa ia boleh meruntuhkan kegemilangan Ducati yang dipegang kini. Ini berikutan kedua pelumba tersebut merupakan antara tulang belakang dalam kerja-kerja pembangunan jentera.
'Mastermind' Ducati, Gigi Dalligna langsung tidak bimbang akan hal tersebut kerana di kem Ducati sebenarnya tidak begitu terbuka apabila berkait dengan urusan perkembangan dan pembangunan jentera. Para pelumba mereka hanya dibekalkan peralatan baharu untuk diuji kemudian memberi input kepada pasukan. Rahsia disimpan dengan cara tidak memberi perincian secara detail akan peralatan yang diuji kepada para pelumba malah sering terjadi di mana para pelumba tidak tahu yang mereka perlu menguji sesuatu 'parts' khas di minggu perlumbaan berlangsung.
Bagi Gigi, bahagian teknikal iaitu para jurutera dan mekanik antara insan yang lebih mengetahui tentang resepi Ducati. Mereka lebih terdedah dengan kerja-kerja di belakang tabir dan mempunyai pengetahuan serta kefahaman yang jauh lebih dalam berbanding para pelumba.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment