Vespa Sprint, Primavera 2024 dan Vespa Day 2024


Pengedar Rasmi Vespa di Malaysia, Didi Group, telah melancarkan model Vespa terbaharu iaitu Vespa Sprint dan Primavera 2024. Sebagai simbol gaya hidup Itali, Vespa mendahulu dan menekankan ciri moden untuk memberi nyawa dalam kehidupan Vespa dengan penuh gaya. Vespa "badan kecil" yang selalu newakili jiwa muda dan semangat bandar Vespa, dan kini telah dirombak sepenuhnya dalam gaya dan citi teknikal, mengesahkan status mereka sebagai wakil gaya itali dan keanggunan dunia. Bentuk lagenda vespa sentiasa terpahat dalam sejarah. Sambil mengekalkan DNAnya yang tidak dapat dilupakan penggemar Vespa, jenama ini sentiasa berkembang baik dalam reka bentuk mahupun teknologi. Vespa Primavera dan Vespa Sprint baharu bukan sahaja mengekalkan identiti konsep, dimensi dan enjin, tetapi meningkatkan persepsi mereka tentang gaya premium dan esklusif dengan menambah baik perbezaan julat dan menyediakan elemen estetik yang berbeza untuk memenuhi citarasa invasi yang mengubah dunia. 




Vespa Sprint & Primavera 2024 Baharu adalah gabungan harmoni yang abadi, reka bentuk dan peralatan teknologi terkini, menggembirakan pengguna untuk memuaskan personaliti unik. Jadi, apa sahaja pilihan anda, di situ ada Vespa yang sesuai untuk anda. Maklumat lanjut tentang spesifikasi Vespa Sprint & Primavera 2024 boleh didapati di sini (Sprint) dan di sini (Primavera)

Vespa Sprint & Primavera Model 2024 diperkenalkan di Malaysia untuk menandakan bahawa Vespa Day 2024 berlangsung pada 29 Jun dari 2 petang hingga 10 malam.



Vespa Day 2024


Tiket hanya bernilai RM50 sahaja (tak termasuk caj transaksi 3 peratus) dan anda bakal berpeluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah Vespa 150 Baharu. Tarikh akhir pembelian tiket untuk ambil di pengedar sah berdekatan anda adalah pada 22 Jun, Jam 10 Malam. Selepas tarikh itu, tiket boleh dituntut di acara "Vespa Day" pada 29 Jun 2024, Sabtu nanti.

Pembelian tiket boleh dilakukan pada pautan ini dan maklumat lebih untuk Vespa Day 2024 boleh diklik pada pautan ini.

Teruskan Bersama Two Wheels..!


Comments

Follow Us