- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
NETA Auto Malaysia telah melancarkan SUV elektrik berprestasi tinggi, NETA X, yang dijangka akan mengubah pasaran EV di Malaysia. Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Pengerusi Intro Synergy Sdn Bhd menyatakan bahawa NETA X bukan sekadar model baru, tetapi juga merupakan visi masa depan di mana teknologi canggih bertemu dengan reka bentuk yang tiada tandingan. NETA X ditawarkan dalam tiga varian iaitu X400 Comfort (RM119,888), X400 Luxury (RM127,888), dan X500 Luxury (RM135,888).
Untuk meraikan pelancaran ini, NETA Auto Malaysia menawarkan promosi eksklusif dari 25 hingga 31 Julai 2024, termasuk nilai tempahan berganda, pilihan ‘wall box’ percuma atau kredit pengecasan dan penyelenggaraan percuma selama 2 tahun atau 40,000 km.
NETA X menawarkan ruang dalaman yang luas dengan dimensi 4619 mm panjang, 1860 mm lebar dan 1628 mm tinggi serta jarak roda 2770 mm. Dilengkapi motor elektrik berkuasa 120 kW, SUV ini mampu mencapai 0-100 km/j dalam 9.5 saat dengan bateri LFP 62-kWh yang memberikan jarak sehingga 480 km.
Ciri-ciri canggih seperti 11 sensor berketepatan tinggi, ADAS tahap 2, skrin kawalan pusat 15.6 inci, dan asisten suara pintar yang pasti akan meningkatkan pengalaman pemanduan anda. Struktur kenderaan yang menggunakan 75% keluli berkapasiti tinggi memastikan keselamatan maksimum. NETA X juga direka untuk kecekapan kos dengan kos penyelenggaraan dan penggunaan tenaga yang rendah.
NETA X disertakan dengan jaminan untuk komponen voltan tinggi sehingga 8 tahun atau 180,000 km dan jaminan komponen umum selama 5 tahun atau 150,000 km. Affin Bank turut menawarkan kadar pembiayaan khas serendah 2.20%. Tempahan untuk melihat serta menguji NETA X boleh dibuat di pusat jualan mulai 27 Julai 2024.
Teruskan bersama Two Wheels dan Four Wheels ..!
#TwoWheels #FourWheels #TWmedia #TWinfo #FWinfo #NetaX
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment