RK Chain Menaja dan Menyokong Pembangunan Pelumba di MAM Malaysia Superbike Championship 2024



RK Chain Menaja dan Menyokong Pembangunan Pelumba di Malaysia Superbike Championship 2024.

RK Chain, sebuah jenama terkemuka dalam industri rantai motosikal, bukan sahaja menjadi penaja tetapi juga rakan teknikal rasmi bagi kejohanan MAM Malaysia Superbike Championship (MSBK) 2024. Dalam usaha untuk menyokong perkembangan pelumba tempatan, RK Chain mengambil pendekatan yang unik dengan memberi insentif khas kepada pasukan yang menggunakan produk mereka.


Berbanding dengan tajaan ‘one-off’, RK Chain menawarkan tambahan 20 peratus insentif kepada pasukan yang menggunakan rantai dan sprocket dari RK. Ini adalah tanda komitmen RK Chain dalam menyokong pembangunan pelumba Malaysia yang beraksi dalam MSBK.


Selain daripada itu, RK Chain juga memperkenalkan ‘Anugerah Shogun’ yang eksklusif untuk pelumba profesional (kelas A) dalam setiap kategori iaitu MSBK250, MSBK600 dan MSBK1000. Pelumba yang mengumpul mata tertinggi sehingga akhir musim akan mendapat pengiktirafan istimewa dengan nama mereka tertera di bahagian belakang sebagai juara tahunan kejohanan MSBK.


Untuk kategori Berjaya Sompo YAMAHA Y16ZR Race MasterClass dan YAMAHA R15M Race Elites, RK Chain telah membekalkan rantai dan sprocket kepada pasukan pengedar YAMAHA yang bertanding, memastikan bahawa setiap jentera bertanding dilengkapi dengan komponen berkualiti tinggi.


Langkah ini bukan sahaja memperkukuhkan jenama RK Chain dalam industri perlumbaan, tetapi juga memberikan manfaat yang besar kepada pasukan dan pelumba dalam MSBK 2024.


#TW #TWMedia #TwoWheels #RKChain #RKTakasagoChainMalaysia #MSBK

Comments

Follow Us