- Get link
- X
- Other Apps
KTM kini dilaporkan sedang merombak organisasi dalaman untuk melicinkan pembangunan pasukan dan motosikal RC16 selepas bertahun-tahun menggunakan sumber manusia dari Ducati. Langkah ini semakin jelas selepas mereka membuat keputusan untuk melepaskan Jack Miller pada musim depan, selain memutuskan hubungan dengan pengarah teknikal Fabiano Sterlacchini dan ketua krew Cristian Pupilin. Kini, kedudukan Pengurus Pasukan, Francesco Guidotti, juga dikatakan dalam bahaya.
Francesco Guidotti yang telah bersama KTM sejak 2022, selepas sedekad bersama pasukan Pramac, berhadapan risiko kehilangan jawatannya sebelum tamat kontrak pada akhir 2025. Ini dilihat sebagai sebahagian daripada revolusi besar yang dirancang KTM untuk masa depan, seperti yang dinyatakan oleh pakar MotoGP, Manuel Pecino. KTM mahu melakukan perubahan drastik bagi meningkatkan prestasi mereka yang belum berjaya mencapai tahap pesaing utama dalam kejuaraan dunia.
Difahamkan, perbezaan pandangan mengenai projek masa depan menjadi pencetus kepada perpecahan ini. KTM tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai dalam beberapa musim kebelakangan, di mana mereka gagal untuk muncul sebagai pencabar kejuaraan.
Sehubungan itu, KTM bercadang untuk membawa masuk Daniel Pedrosa, bekas pelumba Repsol Honda yang kini menjadi pelumba ujian KTM, sebagai pengganti Guidotti. Pengumuman rasmi mengenai pelantikan Pedrosa dijangka akan dibuat dalam masa terdekat, mungkin sebelum GP Jepun.
Perubahan ini dijangka membawa nafas baharu kepada KTM dalam usaha mereka untuk kembali sebagai pencabar utama MotoGP dan memperbaiki kedudukan mereka dalam kejuaraan.
Teruskan bersama Two Wheels…!
📷 MotoGP
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #MGPM #TW #KTM #MotoGP #DP26
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment