Yamaha perkenal R1 Race

MuRasaKi: Rantai Ungu Eksklusif dari RK Takasago Chain dan Maju Motor Racing


Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang hari ini (12 September 2024) menjadi saksi pelancaran produk eksklusif terbaru dari RK, hasil kerjasama dengan Pasukan Maju Motor Racing. Dikenali sebagai MuRasaKi, nama yang bermaksud "Ungu" dalam bahasa Jepun, produk ini melibatkan jualan terhad sebanyak 2300 unit dengan harga RM160 setiap satu.

Pakej MuRasaKi termasuk rantai berkualiti tinggi RK415KLO (O-Ring), pembersih rantai RK, dan pelbagai aksesori menarik seperti sticker Ayoi dan RK, keychain Ayoi serta RK, dan kain lap RK berwarna ungu. 

Produk ini bukan sahaja menawarkan prestasi unggul tetapi juga gaya yang unik dengan sentuhan warna ungu yang eksklusif. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki edisi terhad ini yang kini boleh didapati mulai hari ini di Maju Motor dan semua pengedar sah RK chain.

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TW #TWMedia #TwoWheels #RKTakasagoChain #MajuMotorRacing #RKTakasagoChainxMajuMotorRacing #ARRC #PSIC #MuRusaKi #NI87 #UB150

Comments

Follow Us