- Get link
- X
- Other Apps
BRAAAP 2 Hours Endurance 2024 kembali sebagai satu-satunya perlumbaan motosikal 'injection' dua jam di Malaysia. Edisi keempat ini berjaya menarik penyertaan lebih 350 individu termasuk pelumba, jurutera, mekanik, marshal, pegawai medik dan pegawai perlumbaan. Perlumbaan yang dianjurkan oleh BRAAAP Motorsports ini turut mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan serta Tourism Malaysia.
Acara tahun ini menampilkan keunikan perlumbaan 'endurance', di mana dua pelumba bergilir menggunakan satu motosikal dalam masa dua jam. Pelumba hanya dibenarkan berlumba maksimum 30 minit setiap pusingan dengan jumlah keseluruhan 90 minit seorang. Perlumbaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu MP150A, yang menghadkan modifikasi untuk kos rendah dan MP150B dengan modifikasi terbuka. Namun, kapasiti motosikal kekal terhad pada 155cc.
Menariknya, setiap pasukan hanya dibenarkan seorang pelumba profesional. Langkah ini bertujuan memastikan pelumba amatur dapat belajar teknik dan kemahiran dari rakan sepasukan mereka. Perlumbaan kali ini berlangsung di bawah cuaca basah, namun berjaya dilaksanakan dengan selamat mengikut peraturan Motorsports Association of Malaysia (MAM).
Kira-kira 1,000 penonton hadir memberikan sokongan, membuktikan kehangatan acara ini. Sambutan hangat daripada pasukan seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, menyerlahkan potensi acara ini untuk berkembang lebih besar.
Semoga pada edisi akan datang, kategori superbike dapat diperkenalkan semula di Malaysia, seiring dengan kehebatan Suzuka 8 Hours Endurance dan EWC. Dengan kerjasama pelbagai pihak kerajaan dan swasta, cita-cita ini tidak mustahil dapat direalisasikan.
Teruskan bersama Two Wheels..!
Comments
Post a Comment