- Get link
- X
- Other Apps
📷 FIM
FIM Intercontinental Games (ICG): Sejarah Baharu Sukan
Permotoran
Detik bersejarah dalam dunia sukan permotoran semakin hampir
apabila edisi sulung FIM Intercontinental Games (ICG) bakal berlangsung pada 30
November hingga 1 Disember 2024 di litar terkenal, Circuito de Jerez – Ángel
Nieto, Sepanyol. Acara ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada sambutan
ulang tahun ke-120 Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) dan bertujuan
untuk menguji keupayaan pelumba secara individu dan dalam pasukan, selain
memupuk bakat baharu dalam arena sukan permotoran.
ICG menyatukan enam Kesatuan Benua FIM (CONU) termasuk FIM
Afrika, FIM Asia, FIM Eropah, FIM Amerika Latin, FIM Amerika Utara, dan FIM
Oceania. Pada edisi pertama ini, perlumbaan akan memberi tumpuan kepada dua
kategori litar iaitu Supersport 300 (SS300) dan Supersport (SS600), menggunakan
motosikal Yamaha R3 dan R7 yang disediakan oleh Yamaha Eropah. Setiap CONU
diwakili lapan pelumba, termasuk sekurang-kurangnya seorang wanita bagi setiap
kategori.
Mulai edisi kedua, ICG akan memperluaskan disiplin
perlumbaan termasuk Motocross dan Enduro. Kejohanan ini akan dianjurkan setiap
dua tahun, dengan kemenangan ditentukan melalui pengumpulan mata individu dan
pasukan. Tahun ini, tiga kategori akan dipertandingkan: Individu R7, Individu
R3, dan Pasukan Kesatuan Benua (CONU).
Presiden FIM, Jorge Viegas, mengungkapkan rasa bangga dengan
penganjuran ICG sebagai platform global bagi memperkasakan kerjasama antara
benua. Dengan semangat yang tinggi, acara ini dijangka menjadi pencapaian
penting dalam sejarah sukan permotoran.
#TwoWheels #TWgear #TWinfo #TWmedia #MGPM #MotoGP
#RacingForValencia #TodosSomosValencia #IntercontinentalGames #ICG #FIM
FIM
ICG
IntercontinentalGames
MGPM
MotoGP
RacingForValencia
TodosSomosValencia
TWgear
TWinfo
TWmedia
TwoWheels
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment