- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Bertempat di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, syarikat media permotoran bebas Malaysia, Two Wheels Media, telah melancarkan jenama baharu mereka, TW Gear. Pelancaran ini diadakan sempena acara berprestij, MalaysianGP 2024, yang menarik minat peminat permotoran dari dalam dan luar negara.
TW Gear diperkenalkan sebagai satu jenama unik yang membawa misi untuk memperkenalkan variasi pakaian harian serta kelengkapan permotoran kepada rakyat Malaysia. Dengan kerjasama pelbagai pihak, visi untuk menyediakan produk berkualiti tinggi yang menggabungkan gaya dan keselamatan dalam aktiviti bermotor kini direalisasikan. Koleksi TW Gear bakal menawarkan pilihan gaya yang praktikal dan berkelas tinggi, memenuhi keperluan peminat permotoran dan juga gaya hidup harian.
Jenama TW Gear diharap dapat menginspirasi rakyat Malaysia agar lebih bergaya dalam dunia permotoran, tanpa berkompromi tentang keselamatan. Peminat TW Gear boleh mendapatkan maklumat terkini tentang produk mereka di laman rasmi TW Gear di https://www.facebook.com/twgearofficial
Ucapan terima kasih turut disampaikan oleh pihak Two Wheels Media kepada semua rakan strategik dan penyokong yang terus memberi sokongan sejak dari awal. Pelancaran TW Gear di MalaysianGP 2024 ini menjadi tanda permulaan yang penuh inspirasi bagi mereka yang ingin menggabungkan kecintaan terhadap dunia permotoran dengan gaya hidup.
Teruskan Bersama Two Wheels..!!
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment