Pengajuran acara Sepang 1000KM 2024 yang ke 15 tahun sempena Ulang Tahun Litar Antarabangsa Petronas Sepang yang ke 24 tahun menjadikan acara ini acara tahunan yang berprestij untuk sukan permotoran empat roda tanah air.
Perlumbaan 1000KM berlangsung pada hari ini 23 November 2024 jam 12 tengah hari sehingga 9 malam. Perlumbaan Endurance ini mementingkan strategi pasukan, selain persiapan fizikal dan mental menghadapi pelbagai keadaan yang tak diduga, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan kekal fokus.
Penonton yang berdekatan boleh hadir ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang hari ini seawal jam 9 untuk menuntut pas pengalaman berjalan di laluan pit melihat sendiri kereta pelumba yang beraksi pada acara ini, dan juga berpeluang untuk menyertai Taxi Ride di dalam kereta lumba (5 org pemenang). Selain itu anda boleh membeli pas paddock bernilai RM150 (akses terhad di belakang pit dan juga Paddock Roof Top, ataupun RM318 yang dikenali sebagai Hospitaliti S1K. Dengan Hospitaliti S1K ini, anda bakal nikmati hospitaliti di Paddock Club, Buffer Brunch dan Hi-Tea pada hari Sabtu dan juga Liputan Perlumbaan Secara Langsung (merangkumi catatan masa dan video perlumbaan secara langsung).
Di bawah adalah Grid Permulaan untuk acara Sepang 1000KM 2024:-
|
Grid Permulaan Barisan Hadapan
|
|
Grid Permulaan Barisan Kedua |
|
Grid Permulaan Barisan Ketiga
|
|
Grid Permulaan Barisan Keempat |
Selain itu, di Paddock Club 1 berlangsungnya Serangan Masa e-Sepang 1000KM untuk peminat e-Sukan. Pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan juga baucer tayar daripada Hankook.
|
e-Sepang 1000KM Time Attack |
Tidak berminat e-Sukan, Litar Antarabangsa Sepang bekerjasama dengan DYS Hobby mempersembahkan mengadakan SIC x DYS Grand Prix: Tamiya Mini BMAX Challenge 2024 yang juga berlangsung di Paddock Club 1. Butiran acara seperti gambar di bawah.
|
SIC x DYS: TAMIYA MINI BMAX CHALLENGE 2024 |
Jom Kita Meriahkan Sepang 1000KM di Sepang Hari ini!!
Teruskan Bersama Two Wheels dan Four Wheels..!!
#FWMedia #FourWheels #PSIC #Sepang #TWGear #Sepang1000km #S1k2024 #FullGas #FullThrottle #SepangCircuit #SIC #Endurance #S1K2024 #SIC25 #2TM #MalaysiaMadani
Comments
Post a Comment