MODENAS KAWASAKI ELIMINATOR DAN KAWASAKI NINJA ZX-6R MENCIPTA FENOMENA DI MOTOGP 2024


Sepang, Ahad, 3 November 2024 –
Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS), anak syarikat DRB-Hicom Berhad, telah mencipta impak yang besar di MotoGP 2024 tahun ini dengan pelbagai pengumuman dan aktiviti menarik. Acara ini menampilkan pelancaran Modenas Eliminator serta pengumuman harga dan pra-tempahan bagi model yang dinanti-nantikan iaitu Kawasaki Ninja ZX-6R. 

Kedua-dua model ini dipasangkan di kilang MODENAS, Gurun Kedah.Ia menunjukkan komitmen MODENAS untuk memenuhi pelbagai citarasa dan bajet bagi pasaran Malaysia.



MODENAS ELIMINATOR



Pearl Robotic White


Metallic Spark Black




Modenas Eliminator ini membuka lembaran baharu bagi pencinta motosikal di Malaysia, dimana ia mempunyai gaya dan kuasa untuk penunggang yang menginginkan lebih daripada sekadar jentera yang biasa di luar sana . Model ini menggabungkan siluet cruiser klasik dengan enjin Ninja 500, serta memberikan gabungan keselesaan kruiser dan prestasi motosikal sukan.

Spesifikasi Modenas Eliminator 500 2024

Ciri Utama

  • Ketinggian Tempat Duduk Yang Mudah Dicapai 735mm: Memberikan keyakinan dengan pilihan untuk merendahkan tempat duduk bagi keselesaan tambahan.
  • Direka untuk Tunggangan Mudah: Enjin yang lancar, pendikit yang lancar dan klac tangan yang ringan, sesuai untuk tunggangan santai dan lasak.
  • Ketersediaan: Sedia untuk dibeli di semua bilik pameran Kawasaki All-Star mulai 3 November 2024.
  • Harga Jualan yang Disyorkan: RM30,100 (Tidak termasuk insuran dan cukai jalan)

Modenas Eliminator 500 juga dilengkapi dengan teknologi Bluetooth yang diletakkan dalam panel meter yang membenarkan penunggang berhubung dengan motorsikal mereka tanpa wayar. Hanya dengan menggunakan "RIDEOLOGY THE APP".,segala fungsi boleh diguna, dan menyumbang untuk mengikatkan pengalaman menunggang anda.


Sama ada anda menunggang untuk perjalanan harian atau jarak jauh, Eliminator menyediakan tempat duduk rendah dan mudah dicapai serta memberi lebih keselesaan dan keyakinan kepada penunggang. MODENAS berbanga menawarkan motosikal yang meyerlahkan jiwa yang bebas dan semangat pengembaraan bagi mereka yang mencari keunikan – gaya cruiser dengan keistimewaan yang tersendiri.

KAWASAKI ZX-6R


Metallic Flat Spark Black / Ebony


Lime Green / Ebony



MODENAS juga melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R yang ditunggu-tunggu, direka bagi menghubungkan jurang antara motosikal sukan peringkat permulaan dan motosikal berkapasiti besar.Diilhamkan daripada ZX-10R, ZX-6R ini menampilkan corak hadapan dan sisi yang diperbaharui, skrin yang disemak semula, lampu LED baharu, dan penutup enjin berwarna hitam.

Ciri Utama:

  • Paparan TFT Berwarna Penuh 4.3 inci dengan mod tunggangan yang berbeza (Sukan, Jalan, and Hujan) menunjukkan sambungan hubungan secara terus ke telefon pintar penunggang.
  • Tetapan kawalan cengkaman dan kuasa yang boleh disesuaikan.
  • Harga yang Disyorkan (tidak termasuk insuran dan cukai jalan): RM59,900.
  • Pilihan Warna: Metallic Flat Spark Black / Ebony & Lime Green / Ebony 

Bagi mematuhi piawaian pelepasan Euro 5, ZX-6R telah direka bentuk dengan paip pengepala baharu dan profil sesondol yang diperbaharui, meningkatkan prestasi pada tahap rendah. Dikuasakan dengan enjin inline 4 silinder, penyejuk cecair dengan DOHC dan penyesaran enjin 636cc. Kuasa dikadarkan pada 124 PS (13,000 rpm) manakala udara ram menjana sehingga 129 PS (13,000 rpm), dan puncak tork 69 Nm (10,800rpm) .

Sistem penyerap hentakan Showa SFF-BP 41 mm diameter USD-fork hadapan boleh laras sepenuhnya dan monoshock boleh laras sepenuhnya di belakang. Satu set lengkap alat bantuan menunggang datang sebagai standard termasuk empat mod tunggangan (termasuk mod boleh disesuaikan pengguna), kawalan cengkaman tiga mod dan mod penghantaran kuasa boleh dipilih bersama-sama dengan penukar pantas.

Cakera brek terapung berkembar 310 mm di hadapan dihentikan oleh dua angkup 4 omboh yang dipasang jejari, monoblok, lawan manakala bahagian belakang mendapat cakera tunggal 220 mm dengan angkup omboh tunggal.

Model ZX-6R boleh ditempah awal di semua bilik pameran Kawasaki All-Star mulai 1 Disember 2024. Tempoh pra-tempahan berlangsung daripada 1 Disember sehingga 31 Januari 2025 berserta RM500 sebagai wang pendahuluan untuk tempahan, dengan 50 pemilik pertama akan menikmati acara penyerahan ekslusif di Sepang pada Februari 2025. Jangan ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini !     

Teruskan Bersama Two Wheels..!!  








Comments

Follow Us