- Get link
- X
- Other Apps
SEMPENA ULANG TAHUN KE-100 MG, SAIC MOTOR MALAYSIA SAMBUT ULANG TAHUN DENGAN PELANCARAN MG CYBERSTER DAN PAMERAN MODEL TERKINI DI KLIMS
- Get link
- X
- Other Apps
Kuala Lumpur, 4 November 2024 – SAIC Motor Malaysia telah mengumumkan harga rasmi bagi MG Cyberster serba baharu, iaitu kereta sport ikonik dua tempat duduk pertama di Malaysia dengan harga RM319,900. Majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, turut disertai oleh Yang Berhormat Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan. Turut hadir ialah Emory QiFeng, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Lee Wen Hsiang, Ketua Pegawai Operasi, dan tetamu kehormat lain.
Pengumuman Harga MG Cyberster serba Baharu
MG Cyberster adalah roadster elektrik pertama di Malaysia, menawarkan kuasa 503 PS (375 kW) dengan tork maksimum 725 Nm melalui pacuan semua roda (4WD). Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.2 saat. Dilengkapi dengan bateri 77kWh, MG Cyberster menawarkan jarak pemanduan sehingga 446 km, dan pengecasan pantas dari 10% hingga 80% hanya dalam 38 minit.
Reka bentuknya menonjolkan siluet rendah, pintu gunting elektrik tanpa bingkai, roda aloi 20 inci Jetstream, serta dalaman sporty mewah dengan sistem infotainmen canggih dan audio premium Bose. Selain itu, MG Cyberster juga dilengkapi dengan ciri keselamatan komprehensif MG Pilot untuk pengalaman pemanduan yang selamat dan memuaskan.
Varian Warna yang ditawarkan untuk MG Cyberster |
MG Cyberster ditawarkan dalam empat warna menarik: Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow, dan English White. Dynamic Red dan Camden Grey hadir dengan dalaman hitam dan merah, sementara Inca Yellow dan English White dilengkapi dalaman kelabu. Semua varian disertakan dengan tudung hitam untuk gaya yang lebih elegan.
Pakej Waranti Komprehensif dan Pakej untuk Pembeli MG Cyberster
- 7-tahun atau Waranti Perbatuan Pada Kenderaan
- 8-tahun atau 180,000km Waranti Perbatuan Pada Pek Bateri Voltan Tinggi
- 8-tahun atau Waranti Perbatuan 160,000km Pada Pacuan Motor dan Unit Kawalan Motor
- 1-tahun Pengecasan Tanpa Had dengan JomCharge dan Fungsi Pengecasan Automatik
- Percuma Kotak Pengecasan Dinding 7kW1
Pengumuman Harga MG Cyberster serba Baharu
Harga MSRP (sebelum yuran pendaftaran, tanpa insurans) untuk MG Cyberster serba Baharu ialah RM319,900.
Kenderaan MG di KLIMS: Pilihan Terkini dan Akan Datang
SAIC Motor Malaysia turut mempamerkan pelbagai model MG di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS), termasuk MG5, MG HS SUV, dan MG4 EV Concept Edition yang baharu. Model-model yang akan datang, seperti MG3 HEV, MG7, dan MG ZS HEV, turut dipamerkan, menunjukkan usaha MG untuk menawarkan lebih banyak pilihan menarik kepada rakyat Malaysia.
Tawaran istimewa turut disediakan bagi pembeli yang menempah mana-mana model MG di acara tersebut. MG5 dan MG HS ditawarkan dengan rebat RM7,000 dan RM5,000, manakala pembeli MG ZS EV, MG4 EV Lux, dan MG4 EV Standard boleh menikmati ansuran percuma sehingga 20 bulan, dengan nilai masing-masing RM26,000, RM16,000, dan RM8,500.
"Rekaan dan inovasi MG Cyberster adalah satu kebanggaan kami, dan kami teruja untuk menyambutnya di jalan raya tidak lama lagi," kata Emory QiFeng, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia. "Barisan model MG yang dipamerkan di acara ini mencerminkan komitmen kami untuk menawarkan kenderaan cekap tenaga, sejajar dengan matlamat Malaysia dalam memacu kelestarian serta memenuhi piawaian keselamatan yang ketat. Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk menyertai keluarga MG, bersama-sama melangkah ke arah masa depan yang lebih menarik."
Acara ini juga menandakan sambutan ulang tahun ke-100 MG, meraikan legasi dan masa depan jenama ini. Ikuti media sosial MG Motor Malaysia untuk perkembangan terkini mengenai ketibaan model baharu.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment