Musim pertama Johann Zarco bersama pasukan LCR Honda dalam MotoGP 2024 merupakan salah satu cabaran terbesar dalam kariernya. Pelumba Perancis itu menamatkan musim di tempat ke-17 dengan 55 mata, jauh daripada jangkaannya pada permulaan musim. Namun, Zarco boleh berbangga kerana menjadi pelumba Honda terbaik, mengatasi rakan sepasukan Takaaki Nakagami serta dua pelumba rasmi Honda, Joan Mir dan Luca Marini, yang hanya menduduki tempat ke-21 dan ke-22 dengan 35 mata keseluruhan.
Dalam satu temu bual bersama Paddock-GP, Zarco mendedahkan bahawa pengalamannya menyertai perlumbaan 8 Hours of Suzuka menjadi titik perubahan mentalitinya sepanjang musim. “Saya sedar bahawa masalah yang saya alami di MotoGP juga berlaku di Suzuka. Saya berkata kepada diri sendiri, ‘Masalah ini bukan sekadar pada motosikal, tetapi juga dalam fikiran saya.’ Apabila saya mula mengubah perspektif ini, prestasi saya bertambah baik,” kata Zarco.
Kemenangannya di Suzuka bukan sahaja meningkatkan keyakinan dirinya, malah mengingatkannya tentang teknik yang diperlukan untuk menjadi kompetitif di mana-mana motosikal. Walaupun Honda RC213V masih menghadapi pelbagai kekurangan, Zarco berharap dapat mengekalkan momentum positif yang ditunjukkan pada akhir musim lalu.
Zarco juga menyasarkan kedudukan dalam kelompok 10 terbaik untuk musim 2025 sambil terus menjadi pelumba Honda terbaik. Beliau optimis terhadap perubahan peraturan pada 2027 yang mungkin memberikan kelebihan kepada Honda, sambil menantikan impak daripada pasukan ujian baharu Honda pada ujian pertama di Malaysia tempohari.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 MotoGP
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #MotoGP #JZ5 #LCR #Honda
Comments
Post a Comment