Skuad Terkuat KTM Untuk MotoGP Musim 2025

Alex Marquez Optimis raih kemenangan pertama di MotoGP dengan senjata GP24

 

Alex Marquez yakin dan optimis dalam menyasarkan kemenangan pertama musim ini dengan berbekalkan senjata jentera juara dunia, Ducati Desmosedici GP24.

Umum mengetahui bahawa, pada tahun ini, hanya Ducati yang membekalkan GP yang tua 1 tahun melalui Alex Marquez, Fermin dan Morbidelli berbanding kilang lain yang mempertaruhkan GP paling terbaharu masing-masing. Namun, walaupun 1 tahun lebih tua, jentera tersebut adalah jentera juara dunia dan jentera yang telah matang berbanding jentera terbaharu yang belum pasti prestasinya terutama paruh musim pertama.

Kebiasaannya, jentera lama akan lebih perform pada paruh pertama berbanding jentera baharu. Alex Marquez pada sesi temuramah pelancaran berkata, beliau optimis dan percaya dengan kebolehan pasukan Gresini walaupun pasukan ini kecil, namun potensi mereka sangatlah besar.

Dalam masa yang sama, Alex juga teruja dan bersemangat untuk bekerja dalam pasukan bersama pendatang baharu Moto2, Fermin Alderguer yang bakal bergandingan bersamanya tahun ini. Tambahnya lagi, penting untuk bekerja dengan pelumba baharu kerana mereka mempunyai banyak input baharu yang akan menambahkan pengetahuan beliau dan seterusnya membantu dalam prestasi masing-masing.

Comments

Follow Us