Skuad Terkuat KTM Untuk MotoGP Musim 2025

Andrea Dovizioso : Bakal Sertai Sepang Shakedown Bersama Yamaha


Litar Sepang bakal menjadi saksi kepada permulaan ujian pramusim MotoGP 2025 dengan sesi ‘shakedown’ dari 31 Januari hingga 2 Februari. Dalam usaha mempercepatkan pembangunan jentera baharu, Yamaha membawa kembali Andrea Dovizioso sebagai pelumba ujian, satu langkah strategik untuk menyaingi pesaing utama.

Dovizioso bukan nama asing dalam MotoGP, terutamanya bersama Ducati, tetapi beliau juga pernah menunggang Yamaha dalam tahun-tahun akhir kerjayanya bersama PETRONAS Yamaha SRT dan With-U RNF Yamaha. Sejak bersara, beliau telah membantu Yamaha dari belakang tabir, khususnya dalam pembangunan enjin baharu V4, yang merupakan projek rahsia pasukan itu.

Kehadiran Dovizioso di Sepang menimbulkan spekulasi bahawa Yamaha akhirnya akan memulakan ujian ke atas enjin V4 mereka, yang sebelum ini tertangguh. Sejak penarikan diri Suzuki pada 2022, Yamaha adalah satu-satunya pasukan yang masih menggunakan enjin empat selari, berbeza dengan pesaing lain yang telah beralih kepada konfigurasi V. Ujian ini diadakan secara tertutup, memberi kelebihan kepada Yamaha untuk menilai keupayaan enjin baru mereka tanpa terlalu banyak perhatian.

Selain Dovizioso, barisan pelumba utama Yamaha seperti Fabio Quartararo dan Alex Rins, serta pelumba ujian baru Augusto Fernandez, turut akan menguji perkembangan jentera M1. Dengan pelbagai perubahan teknikal yang dirancang, Yamaha berharap untuk merapatkan jurang dengan pasukan teratas dan kembali sebagai pencabar kejuaraan pada musim 2025.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 Yamaha

Comments

Follow Us