Skuad Terkuat KTM Untuk MotoGP Musim 2025

Aston Martin sasarkan Max Verstappen

Aston Martin dilaporkan sedang berusaha menarik perhatian penaja berpotensi dengan rancangan ambisius mereka untuk menandatangani juara dunia Formula 1, Max Verstappen. 

Dalam strategi yang dilihat sebagai langkah besar untuk memenangi gelaran dunia, perjanjian ini dikatakan bernilai sehingga £1 bilion bersama Ringgit Malaysia 5.5 Bilion menjadikannya salah satu kontrak terbesar dalam sejarah sukan.

Kontrak tersebut dikhabarkan melibatkan bukan sahaja bayaran lumayan tetapi juga potensi pemberian ekuiti dalam pasukan yang berpusat di Silverstone itu. 

Sekiranya berjaya direalisasikan, ia akan memastikan Verstappen menjadi sebahagian daripada projek jangka panjang Aston Martin untuk mencapai puncak kejayaan dalam Formula 1.

Menurut sumber Mail Sport Jefferson Slack, pembantu kanan kepada pemilik pasukan Aston Martin, Lawrence Stroll telah berbincang dengan pelabur mengenai kemungkinan penyertaan pemandu Belanda berusia 27 tahun itu. 

Meskipun tawaran ini menggambarkan cita-cita tinggi Aston Martin, tiada keputusan rasmi atau persetujuan yang dicapai setakat ini.

Max kini menikmati kerjaya cemerlang bersama Red Bull telah berulang kali menyatakan hasratnya untuk menamatkan perjalanan kariernya dengan pasukan yang memberikannya kejayaan berturut-turut itu. 

Pemandu muda tersebut juga masih terikat kontrak dengan Red Bull hingga tahun 2028 menjadikan spekulasi perpindahannya sebagai sesuatu yang tidak mudah direalisasikan.

Namun begitu, kemampuan Verstappen yang luar biasa sebagai pemandu menjadikannya aset paling berharga dalam Formula 1 diidamkan oleh setiap pasukan di grid. 

Bagi pemilik Aston Martin itu, membawa masuk pemandu juara seperti Verstappen adalah langkah strategik untuk mengukuhkan kedudukan pasukan sebagai pencabar utama kejuaraan dunia.

Walaupun langkah ini masih berada pada peringkat awal, ia mencerminkan kesungguhan Aston Martin untuk menjadi kuasa besar dalam Formula 1 dengan impian besar yang berpusat pada Verstappen sebagai bintang utama mereka.

Teruskan Bersama Four Wheels..! 

📷 mailsport


#FourWheels #TWmedia #FW #TWinfo #F1 #FIA #MV1 #astonmartinf1

Comments

Follow Us