Skuad Terkuat KTM Untuk MotoGP Musim 2025

Aveta Vanguard 250 : Skuter Adventure - Touring Crossover Pertama di Malaysia

 

Aveta Malaysia memperkenalkan Vanguard 250, sebuah skuter yang direka khusus untuk peminat pengembaraan. Dengan gabungan keupayaan lasak, keselesaan dan praktikaliti, Vanguard 250 menjadi penanda aras baharu dalam segmen Adventure-Touring-Crossover (ATC).

Dibina berasaskan platform Piaggio Nexus 250, Vanguard 250 dilengkapi sistem suntikan bahan api elektronik Bosch yang canggih. Model ini telah menjalani ujian sejauh 20,000 kilometer meliputi pelbagai permukaan jalan di Semenanjung Malaysia, memastikan ketahanan dan keselesaan maksimum sebelum pelancarannya.

Ciri-ciri utama Vanguard 250 termasuk jarak kelegaan tanah yang tinggi, suspensi tahan lasak dan sistem brek yang cekap untuk prestasi optimum di jalan off-road. Untuk perjalanan jarak jauh, skuter ini menawarkan tempat duduk ergonomik, tangki minyak 13 liter, serta jarak roda panjang untuk kestabilan. Selain itu, ‘handlebar’ boleh laras dan sistem kawalan cengkaman (TCS) menambah kelebihan fleksibiliti pada pelbagai keadaan jalan.

Menurut Steven Lim, Pengarah Urusan Aveta Malaysia, “Vanguard 250 adalah simbol gaya hidup yang menggabungkan semangat pengembaraan dengan keselesaan. Model ini mencerminkan komitmen Aveta untuk terus menjadi peneraju inovasi motosikal di Malaysia.”

Vanguard 250 hadir dalam dua varian, Standard dan Special Edition (SE). Varian Standard berharga RM14,888 hadir dalam warna Nano Grey, manakala varian SE yang lebih premium berharga RM16,388, tersedia dalam warna Majestic Green dan Titanium Grey.

Sebagai promosi pengenalan, 200 unit pertama ditawarkan pada harga istimewa bermula dari RM14,488. Aveta juga menyediakan rangkaian perkhidmatan selepas jualan terbaik di seluruh negara. Siri roadshow dan sesi pandu uji akan bermula pada Mac 2025.

Vanguard 250 adalah bukti dedikasi Aveta Malaysia untuk terus memenuhi impian penunggang dengan inovasi tanpa kompromi.

Video Review oleh Nasir Haris Motovlog Melengkapi Ekspedisi Aveta Vanguard 250 20,000KM

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #TWracing #Aveta #Vanguard250

Comments

Follow Us