- Get link
- X
- Other Apps
Bateriku.com Menjalin Kerjasama dengan ACO Tech untuk Merevolusikan Bantuan Kecemasan Jalanraya di Malaysia dengan Integrasi Dalam Kereta yang Lancar
- Get link
- X
- Other Apps
Kuala Lumpur, 24 Januari 2025: Bateriku.com bermula sebagai penyedia perkhidmatan penggantian bateri kereta secara on-demand, dengan bangga mengumumkan kerjasama inovatif bersama ACO Tech, penyedia teknologi mobiliti pintar dan kesalinghubungan kenderaan Malaysia. Usaha ini mewujudkan integrasi digital pertama di Malaysia antara penyedia teknologi OEM automotive dan penyedia perkhidmatan bantuan kecemasan jalanraya.
Kerjasama ini akan meningkatkan kenderaan yang dilengkapi dengan sistem ATLAS Infotainment Head Unit (IHU) dari ACO Tech, dengan menawarkan penyelesaian bantuan kecemasan jalanraya seluruh negara 24 jam seperti jumpstart, tampalan tayar, pengisian petrol, bantuan kunci kereta, dan perkhidmatan tunda secara langsung dari IHU tersebut.
Dengan menghubungkan sistem kenderaan yang canggih kepada perkhidmatan ‘on-demand’, Bateriku.com dan ACO Tech telah menetapkan standard baharu dalam kemudahan dan keselamatan pelanggan.
Pemilik kenderaan yang serasi kini boleh menikmati ketenangan fikiran dan kecekapan operasi melalui perkhidmatan Bateriku.com, sekali gus menonjolkan reputasi syarikat sebagai perintis dalam penyelesaian bantuan kecemasan tersambung.
Ciri pintar ini, yang direka, dibangunkan, dan dilancarkan melalui kerjasama sinergi antara Bateriku.com dan ACO Tech, dijangka menjadi penanda aras industri dalam meningkatkan penerimaan penyelesaian mobiliti pintar di Malaysia.
Dengan ciri ATLASAssist 24/7 oleh Bateriku.com ini, pemilik kenderaan model
yang disokong dapat memandu dengan tenang kerana sebarang
masalah atau kerosakan dapat diselesaikan dengan segera melalui sambungan ke Bateriku.com
terus dari kereta mereka.
Dengan satu klik pada IHU, pemilik kenderaan yang memerlukan bantuan akan
dihubungkan ke Pusat Hubungan Bateriku.com, yang beroperasi selama 24 jam.
Pelaksanaan perkhidmatan akan disalurkan ke rangkaian ekosistem Bateriku.com
yang telah mantap di seluruh negara dalam masa kurang daripada 30 minit, tanpa
mengira lokasi mereka.
Hingga kini, Bateriku.com mengendalikan 201 cawangan runcit (Pitstop) di
seluruh negara dan telah memberikan
perkhidmatan kepada lebih daripada 1.5 juta pemilik kereta. Perkhidmatan
Bateriku.com meliputi semua negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, dan
kini telah berkembang ke Indonesia dengan membuka 3 cawangan di Jakarta, iaitu
di Kelapa Gading, Gading Serpong, dan Alam Sutera.
Syarikat ini menggaji lebih daripada 400 orang dan telah membina ekosistemnya
sendiri dengan melatih hampir 1,000 juruteknik gig (BHero), membangunkan 76
usahawan (BPreneur), dan bekerjasama
dengan lebih kurang 2,000 bengkel dan rakan penunda (BBuddy).
Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Li Pu:"ACO Tech sentiasa
bekerjasama secara proaktif dengan rakan tempatan untuk meningkatkan pengalaman
mobiliti pengguna dengan menyediakan penyelesaian tambahan yang praktikal dan
boleh dipercayai. Integrasi ATLASAssist 24/7 oleh Bateriku.com berpotensi
merevolusikan perkhidmatan bantuan
kecemasan dengan menyediakan penyelesaian yang tersambung dan lancar terus
kepada pemilik kenderaan pada bila-bila masa dan di mana sahaja."
Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi:"Kami berbesar
hati untuk bekerjasama dengan
ACO Tech dalam inisiatif inovatif ini yang menjadi pencapaian penting bagi
industri automotive Malaysia. Integrasi ini mengukuhkan komitmen kami untuk
memanfaatkan teknologi dan ekosistem kami yang luas untuk menyediakan
penyelesaian yang inovatif dan berpusat pada pelanggan."
Ciri ATLASAssist 24/7 oleh Bateriku.com akan diaktifkan segera dalam kenderaan
terpilih yang dilengkapi dengan ATLAS IHU, dengan liputan dijangka meningkat
secara berperingkat melalui kemas kini over-the-air (OTA) yang akan datang.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment