Skuad Terkuat KTM Untuk MotoGP Musim 2025

Boon Siew Honda Perkenalkan Teknologi Honda E-Clutch pada CBR650R dan CB650R

Penang, 17 Januari 2025 – Boon Siew Honda Sdn. Bhd. rasmi memperkenalkan teknologi Honda E-Clutch, teknologi klac elektronik revolusioner yang kini tersedia pada model CBR650R dan CB650R.

Kedua-dua model ini memperkukuhkan kedudukan mereka dalam segmen motosikal kelas pertengahan, menampilkan prestasi dan kawalan yang mantap, serta reka bentuk unik. 2 model diperkenalkan iaitu ala-ala Sports Café untuk CB650R dan gaya sport yang agresif untuk CBR650R.


Ciri Utama Honda E-Clutch:

Kemudahan Tanpa Tuas Klac: Teknologi ini menghapuskan keperluan operasi tuas klac manual semasa permulaan, pemberhentian, dan penukaran gear, memberikan pengalaman menunggang yang lancar dan tanpa keletihan.

Fleksibiliti Manual: Tuas klac kekal boleh digunakan dan akan berfungsi semula secara automatik apabila diperlukan.

Pengalaman Yang Disesuaikan: Tetapan penukaran gear yang boleh disesuaikan, serta Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk kawalan cengkaman yang optimum.


Prestasi dan Teknologi Canggih:

Dikuasakan oleh enjin 649cc DOHC 16-injap, yang mematuhi piawaian EURO 5, kedua-dua model menghasilkan kuasa puncak 70kW pada 12,000 rpm dan tork 63Nm pada 9,500 rpm, memberikan gabungan prestasi empat silinder yang mengujakan tetapi seimbang. Sistem suspensi Showa 41mm SFF-BP USD forks dan casis ringan memastikan pengendalian yang lincah dan selesa dalam pelbagai situasi menunggang.

Tambahan pula, kedua-dua model dilengkapi ciri moden seperti paparan TFT, pencahayaan LED, port pengecasan USB Type-C, serta sambungan telefon pintar Honda RoadSync, membolehkan akses mudah ke navigasi dan muzik.

CB650R turut hadir dengan pilihan warna dan corak jalur baharu yang menyerlahkan reka bentuk Neo Sports Café yang ikonik, manakala CBR650R menampilkan gaya sport yang agresif dengan kemasan estetika yang diperbaharui.


Pilihan Warna dan Harga:


CBR650R

- Grand Prix Red
- Matte Gunpowder Black Metallic
Harga: RM49,999.00

CB650R

- Matte Gunpowder Black Metallic
- Matte Laurel Green Metallic
- Candy Chromosphere Red
Harga: RM47,999.00

Dengan gabungan teknologi inovatif, prestasi dinamik, dan reka bentuk yang elegan, CBR650R dan CB650R direka untuk memenuhi keperluan penunggang moden – sama ada untuk perjalanan harian di bandar atau pengembaraan hujung minggu yang penuh aksi.

Gambar 







Comments

Follow Us