Skuad Terkuat KTM Untuk MotoGP Musim 2025

Boscoscuro Lancar Pakej Casis B25 Untuk Saingan Moto2 2025


Boscoscuro terus mencuri perhatian dalam dunia perlumbaan Moto2 dengan pelancaran pakej casis terbaru mereka, dikenali sebagai B-25. Pakej ini bakal digandingkan dengan enjin Triumph 765cc, menjanjikan kombinasi prestasi tinggi untuk menghadapi musim perlumbaan 2025. Dalam satu acara eksklusif di Vicenza, Itali, Luca Boscoscuro memperkenalkan B-25 bersama lapan pelumba elit yang bakal menggunakannya.

Antara pasukan utama yang akan menggunakan pakej ini termasuk pasukan rasmi Speed Up dengan pelumba Celestino Vietti dan Alonso Lopez. Pasukan MSi Racing pula diwakili oleh Sergio Garcia dan Ivan Ortola. Tidak ketinggalan, Filip Salac dan Jake Dixon daripada pasukan gabungan Marc VDS, serta Tony Arbolino dan Izan Guevara daripada Pramac Yamaha, turut mempercayai inovasi daripada Boscoscuro.

Luca Boscoscuro, pengasas projek ini, telah membuktikan keupayaan dan kreativiti jenama Itali dalam menghadapi saingan Moto2. Bermula dengan matlamat untuk mencabar penguasaan gergasi seperti Kalex, Boscoscuro kini semakin berkembang sebagai salah satu nama besar dalam perlumbaan ini.

Tahun 2025 dijangka menjadi musim mencabar, terutama selepas kejayaan Boscoscuro merangkul kejuaraan dunia pelumba Moto2 melalui Ai Ogura pada musim lalu. Dengan B-25, Boscoscuro bertekad untuk terus bersaing di peringkat tertinggi dan mencipta lebih banyak kejayaan di arena antarabangsa.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 Boscoscuro

Comments

Follow Us