Cabaran Moto3 dalam kancah kejuaraan dunia.

Seperti sedia maklum, Dorna sedang berbincang dengan pengeluar motosikal untuk masa depan Moto3, dengan fokus kepada peningkatan kapasiti enjin kepada 500cc V2 berkuasa hingga 80HP serta pengurangan kos. Perubahan ini bertujuan menarik minat semula penganjur, penaja dan penonton yang semakin berkurang. Jurang besar antara prestasi kelas Moto3 (250cc, 60HP) dan Moto2 (765cc, 145HP) menjadi isu utama sejak peningkatan enjin Moto2 pada 2019.

Cadangan Dorna melibatkan penggunaan enjin standard 500cc V2. Namun, sama ada untuk mengekalkan casis prototaip atau menggunakan motosikal lengkap daripada satu pengeluar seperti MotoE masih menjadi persoalan. Masalah timbul apabila pengeluar besar seperti Ducati, Aprilia, dan Fantic menolak tawaran tersebut kerana kekangan sumber. KTM pula tidak dapat memberi komitmen akibat masalah kewangan, manakala Yamaha hanya berminat menjadi pembekal enjin, bukan motosikal penuh.

Selain itu, kos menjadi halangan utama. Dorna menetapkan had harga 45,000 Euro untuk casis dan 30,000 Euro untuk enjin per musim, jauh lebih rendah daripada kos semasa. Walaupun matlamat Dorna untuk menjadikan Moto3 lebih kompetitif adalah wajar, beberapa jurutera berpendapat sasaran kuasa 80hp untuk enjin 500cc V2 adalah sukar dicapai tanpa meningkatkan kos secara drastik.

CFMOTO menunjukkan minat untuk menjadi pembekal motosikal standard Moto3, namun kekurangan sokongan teknikal seperti KTM menyukarkan usaha mereka. Pada masa ini, Dorna masih mencari pengeluar yang mampu memenuhi keperluan teknikal dan kos mereka. Masa depan Moto3 bergantung kepada kemampuan Dorna mencari penyelesaian yang mengimbangi prestasi, kos dan minat pihak berkepentingan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 MotoGP

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #TWracing #TWacademy #TWhub #MotoGP #Moto3

Comments

Follow Us