- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
PROTON X50 2024 merupakan SUV segmen B No.1 di Malaysia pada tahun lepas, kedudukan yang telah dipegang oleh model ini sejak pelancarannya pada tahun 2020. Dengan lebih daripada 128,000 unit terjual, ia merupakan pilihan popular di kalangan peminat SUV dan PROTON X50 SE bertujuan untuk meningkatkan lagi kejayaan ini, menawarkan estetika yang lebih sporty dan premium sambil mengekalkan prestasi, keselamatan, dan teknologi canggih yang dijangkakan oleh pelanggan daripada PROTON.
PROTON X50 SE menampilkan 13 penambahbaikan eksklusif, diketuai oleh Aerokit sporty yang menampilkan skirt hadapan, belakang, dan sisi. Warna badan Quartz Black yang menonjol dipadankan dengan hiasan hitam berkilat di bahagian hadapan dan belakang, manakala roda aloi hitam 18 inci dan pelekat badan yang khas melengkapkan penampilannya. Di bahagian dalam, model ini menawarkan kecanggihan dan kepraktisan yang lebih tinggi. Peningkatan utama termasuk pengecas peranti tanpa wayar untuk sambungan peranti yang lancar, tikar karpet edisi sukan yang menambah sentuhan eksklusif pada kabin, plat pelindung keluli tahan karat untuk menambahkan ketahanan dan gaya, serta dulang but untuk pengurusan kargo yang lebih baik.
PROTON X50 SE dikuasakan oleh enjin turbo 1.5 liter yang pernah memenangi anugerah dan menghasilkan 150 PS dan 226 Nm tork. Ia dipandankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan (7DCT) dan sama seperti model asas, penarafan keselamatan model ini kekal tinggi dengan memperoleh penarafan lima bintang
Dengan mengintegrasikan kemas kini terkini, model SE menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih intuitif dan selesa. Dilengkapi unit infotainment 10.3 inci canggih dengan pemproses dwi-kuad-teras, system ini memberikan akses kepada pelbagai ciri termasuk system arahan suara “Hi PROTON” dan aplikasi
PROTON Link untuk kawalan kenderaan jarak jauh. Kamera 360 Darjah Definisi Tinggi dengan paparan 3D sekeliling membantu parkir yang lebih selamat, manakala sistem audio 6 pembesar suara meningkatkan kualiti audio. Kerusi pemandu dilengkapi dengan pelarasan kuasa 6 arah, dan penyaman udara automatik memastikan suasana kabin yang selesa. Untuk keselesaan dan privasi yang optimum, PROTON X50 SE dilengkapi dengan tint keselamatan yang mengurangkan sinaran UV berbahaya.
Secara keseluruhan, peningkatan produk pada PROTON X50 SE memberikan nilai tambah sebanyak RM10,000 kepada pembeli, tetapi PROTON menawarkannya pada harga yang menarik iaitu RM105,300 dengan pengeluaran terhad kepada hanya 1,000 unit. Syarikat juga memperkenalkan rebat tunai dan
Angpau untuk tempoh terhad serta menawarkan rebat RM7,000 pada bulan Januari dengan jumlah penjimatan sebanyak RM13,500.
“Dengan memanfaatkan kejayaan luar biasa PROTON X50, edisi sukan ini hadir untuk memberikan lebih banyak kegembiraan kepada pelanggan PROTON. Dengan SE, kami ingin membangkitkan semangat pemanduan yang lebih “sporty” dan memenuhi keinginan pelanggan yang selama ini menantikan sebuah kereta yang lebih dinamik,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.
Seiring dengan pelancaran PROTON X50 Edisi Sukan, PROTON turut menganjurkan kempen Test Drive and Win Prosperity Campaign dengan hadiah utama sebuah PROTON X50 Edisi Sukan baharu. Pelanggan boleh menikmati ujian pandu model PROTON di mana-mana pengedar PROTON dari Januari hingga Mac 2025. Mereka kemudiannya akan layak untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM5,000 serta hadiah utama bulanan iaitu pakej percutian bernilai RM10,000. Dengan setiap pembelian kereta PROTON baru, pelanggan akan secara langsung menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah utama.
Tempahan untuk PROTON X50 Edisi Sukan kini boleh dibuat secara dalam talian di laman web rasmi PROTON atau di bilik pameran PROTON yang sah di seluruh negara.
Gambar:
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment