Edisi ke 10 100km of Champion di VR46 Ranch

 

Legenda MotoGP, Valentino Rossi, sekali lagi menganjurkan edisi ke-10 perlumbaan 100 km of Champions di Ranch miliknya di Tavullia hujung minggu ini. Acara tahunan ini menyaksikan 46 pelumba bertanding dalam format perlumbaan beregu di atas trek double oval off-road menggunakan motosikal 450cc.


Hari pertama acara menampilkan sesi kelayakan individu yang menentukan grid permulaan untuk perlumbaan beregu. Seperti tahun lalu, gandingan Valentino Rossi dan Luca Marini berjaya meraih kedudukan pole position. Mereka berdua kini bersedia untuk mempertahankan gelaran juara. Pasangan ini mencatat masa 04:03.221, mengatasi gandingan Francesco Bagnaia-Marco Bezzecchi di tempat kedua dan Andrea Migno-Franco Morbidelli di tempat ketiga.


Perlumbaan ini turut disertai oleh beberapa bintang MotoGP, termasuk Pedro Acosta, Miguel Oliveira, dan Augusto Fernandez yang merupakan sebahagian daripada VR46 Riders Academy. Dalam acara ini, 23 pasukan akan bersaing untuk melengkapkan jarak 100 km dengan terpantas. Tahun lalu, pemenang berjaya menamatkan 50 pusingan dalam masa 1 jam 45 minit 54 saat.


Berikut adalah 10 barisan hadapan untuk perlumbaan:

1. Valentino Rossi – Luca Marini

2. Francesco Bagnaia – Marco Bezzecchi

3. Andrea Migno – Franco Morbidelli

4. Thomas Chareyre – Diogo Moreira

5. Lorenzo Baldassari – Elia Bartolini


Dengan kehadiran pelumba hebat dari pelbagai latar belakang, acara ini dijangka penuh aksi dan mendebarkan, sekaligus mengukuhkan status Ranch Tavullia sebagai pusat tradisi perlumbaan Rossi.


Comments

Follow Us