Skuad Terkuat KTM Untuk MotoGP Musim 2025

Hot Wheels dan Ferrari Kembali Bekerjasama


Berita gembira untuk peminat kereta miniatur, Hot Wheels akhirnya kembali bekerjasama dengan Ferrari selepas 10 tahun terpisah. Pengumuman ini dibuat oleh Mattel sempena Pameran Mainan Antarabangsa di Nuremberg baru-baru ini.

Hot Wheels, yang pernah menjadi rakan kerjasama Ferrari sebelum ini, menghentikan pengeluarannya pada penghujung 2014 apabila hak eksklusif jenama itu diambil alih oleh Bburago & Maisto. Kini, dengan perjanjian baharu ini, Hot Wheels akan sekali lagi menghasilkan pelbagai model kereta Ferrari.

Mulai musim bunga tahun ini, peminat boleh mendapatkan model diecast 1:64 asas, diecast premium, model ultra premium berskala besar, serta kereta kawalan jauh (R/C) Ferrari yang menampilkan rekaan kereta jalanan dan perlumbaan.

Langkah ini pasti menghidupkan semula nostalgia peminat lama yang merindui koleksi Ferrari keluaran Hot Wheels. Tambahan pula, reputasi Hot Wheels yang sinonim dengan kualiti dan ketelitian rekaannya menjadikan kerjasama ini sesuatu yang sangat dinanti-nantikan.

Dengan kembalinya Ferrari ke dalam barisan produk Hot Wheels, peminat seluruh dunia kini boleh menambah koleksi mereka dengan model Ferrari baharu yang lebih menarik dan eksklusif. Peminat tempatan pastinya tidak sabar menunggu koleksi ini tiba di pasaran.

Teruskan bersama Four Wheels..!

📷 Hot Wheels 

Comments

Follow Us