Skuad Terkuat KTM Untuk MotoGP Musim 2025

HYPERTUNE GARAGE: JMY Motor Kibar Harapan Baru dari Utara

📷 TWO WHEELS

JMY Motor, diasaskan oleh Jimmy Lim dan Keat, merupakan pasukan perlumbaan baharu dari Perlis yang bercita-cita besar mengharumkan nama negeri mereka di pentas kebangsaan. Dengan fokus pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), pasukan ini mencapai pelbagai kejayaan pada tahun 2024, termasuk tiga podium utama, kedudukan P3 di Braaap 2 Hours Endurance, dan prestasi cemerlang dalam pusingan akhir Motul Championship.

Walaupun berdepan tekanan kewangan akibat kos perjalanan dan operasi, Jimmy dan Keat tetap komited memastikan pasukan kekal kompetitif. Tahun 2024 juga menyaksikan transformasi pasukan dengan warna jentera baharu, biru dan kuning yang melambangkan identiti Perlis.

Untuk 2025, JMY Motor berazam mengekalkan kedudukan dalam 10 terbaik keseluruhan, mensasarkan lebih banyak podium di Malaysia Cub Prix, dan menambah jentera dalam kategori Wira/CP125. Walaupun berdepan cabaran mencari bakat tempatan di Perlis, mereka terus merekrut pelumba luar dan mencari penaja bagi menampung kos operasi.

Peluang baharu muncul apabila mereka dijemput menyertai pasukan Brother 7 sebagai kru teknikal untuk Malaysia Cub Prix 2025, manakala juruteknik utama dan ketua mekanik mereka akan menyertai pasukan RS Mega Tech Racing dalam MSBK 2025.

Semangat Jimmy dan Keat tetap teguh meskipun berdepan cabaran kewangan. Mereka tekad membawa nama Perlis ke puncak, meningkatkan standard teknikal serta menginspirasikan semangat perlumbaan. Bagi mereka, perlumbaan bukan sekadar kemenangan tetapi membina hubungan dan membawa nama Perlis ke persada negara.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 TWO WHEELS 

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #TWracing #MGPM #MCP #HypertuneGarage #JMY_Motor

Comments

Follow Us