- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Penampilan pertama juara dunia 6 kali superbike, Jonathan Rea dengan Yamaha nampaknya tidak begitu memberansangkan. Hal itu diakui sendiri oleh Rea yang mana musim lalu merupakan sejarah hitam buat kariernya.
Banyak punca yang menjadi penyumbang akan perkara tersebut dan yang utama ialah datang daripada mereka yang bekerja di dalam garaj. Jentera yang disediakan tidak begitu sesuai dengan gaya dan kehendak Rea maka kemampuannya tidak dapat dikeluarkan 100%. Ia amat menggeramkan bagi Rea sendiri kerana itu bukan dirinya yang sebenar.
Pada tahun ini Rea akan mendapat khidmat pengurus pasukan baharu dan beliau yakin prestasinya akan lebih baik berbanding tahun lepas memandangkan komunikasi antaranya dengan ketua krew tersebut adalah lebih baik dan lancar.
Teruskan bersama Two Wheels..!!!
#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM
#JR66 #Yamaha #wsbk
Comments
Post a Comment