- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Bertempat di Lakeside SIC hari ini, kami berkesempatan bersama media yang lain untuk menguji skuter paling ‘hot’ ketika ini yang baru dilancarkan di Malaysia oleh MODA Motorcycle iaitu MODA Sporter S.
MODA Sporter S merupakan sebuah super skuter moden yang direka untuk memenuhi keperluan penunggang di kawasan bandar serta perjalanan jarak jauh di lebuh raya. Dengan kelajuan maksimum 155 km/j, skuter ini menawarkan prestasi yang memadai untuk penggunaan harian, namun beberapa aspek perlu diberi perhatian.
Dari segi keselesaan, kedudukan tempat duduknya direka sangat ergonomik, sesuai untuk perjalanan dalam bandar. Suspensi belakangnya sedikit beralun ketika memecut, terutama pada kelajuan tinggi, namun masih stabil untuk mengambil selekoh pada kelajuan di bawah 135 km/j. Lebih daripada itu, kestabilan mungkin terganggu sedikit, menjadikannya kurang sesuai untuk selekoh tajam pada kelajuan tinggi. Mungkin suspensi sedia ada memerlukan talaan baharu atau menukarkannya kepada unit ‘aftermarket’, dapat menyelesaikan masalah ini. Walaubagaimanapun, harus diingat, ianya masih sebuah skuter dan kelajuan bukanlah faktor utama rekaan, skuter lebih kepada keselesaan bergerak di jalanan.
Super skuter Sporter S dilengkapi dengan ciri praktikal seperti ruang simpanan di kiri, kanan ‘fairing’ hadapan dan di bawah tempat duduk, serta satu port USB yang memudahkan pengecasan peranti. Bagaimanapun, ruang dibawah tempat duduknya agak terhad, hanya mampu mengisi sebuah helmet ‘open face’ dan helmet ‘steng’.
Ciri ‘keyless’ yang disertakan meningkatkan kemudahan penggunaan, manakala reka bentuknya yang aerodinamik menjadikan skuter ini sesuai untuk perjalanan panjang di lebuh raya seperti di sekitar Lembah Klang.
Kesimpulannya, MODA Sporter S adalah pilihan yang baik untuk mereka yang mencari super skuter praktikal dengan ciri moden untuk kegunaan harian di bandar. Walaupun terdapat beberapa kekurangan seperti kestabilan pada kelajuan tinggi dan ruang simpanan yang terhad, ia masih menawarkan pengalaman tunggangan yang selesa dan efisien, dengan tanda harga yang sangat berpatutan.
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #MODA #SporterS
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment