- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Sudut Pandang Min
Disembang oleh: Wandi
Saya mahu mulakan dengan kata-kata pujangga yang pasti kita semua pernah dengar; " There is only one king in the jungle ". King melambangkan penguasaan dan dominasi oleh satu pihak. Ia bukanlah satu usaha kecil untuk mempunyai empayar apatah lagi jika ingin kekal gah berada teratas mengatasi yang lain. Aura yang sangat kuat dimiliki lalu menjadikan nama dijulang tinggi dalam satu-satu masa. Lumrah ada yang suka dan ada juga yang tidak maka terbentuklah dua puak yang sering bercanggahan. Bagi yang memuji maka mereka ingin melihat empayar yang berkuasa kekal lama namun satu puak lagi ternanti-nanti masa kejatuhan tiba.
Begitulah juga perihalnya dalam dunia MotoGP. Sini saya mahu mulakan dengan era sang lagenda, Valentino Rossi yang masyhur dengan gelaran The Doctor dek kerana kemampuannya dalam meningkatkan kemampuan jentera yang ditunggang.
Rossi mula menjengah kelas tertinggi MotoGP pada Tahun 2000. Keberadaannya amat dirasai kerana mampu bertarung dengan nama-nama besar seperti Max Biaggi, Sate Gibernau dan Loris Capirossi. Dengan kehebatan yang ada maka di tahun keduanya, beliau telah berjaya merangkul gelaran juara dunia. Eranya kian teguh dan membesar sehingga lautan kuning tercipta setiap kali perlumbaan MotoGP dilangsungkan di setiap litar dalam dunia ini. Itu merupakan simbolik kepada empayar The Doctor mula menguasai dan mendominasi kejohanan tertinggi dua roda.
Hal tersebut tidak disenangi oleh para 'haters' 46. Satu demi satu pelumba baru muncul seperti Dani Pedrosa, Casey Stoner dan Jorge Lorenzo namun belum satu pun mampu untuk setara dengan nama Rossi. Pun begitu, selepas 13 tahun bertarung muncullah seorang budak muda yang dilihat mampu meranapkan empayar 46.
Kemunculan sang semut merah yang bernama Marc Marquez betul-betul dirasai sejak perlumbaan pertamanya lagi di Litar Losail Qatar. Sorakan bergema kuat dan menggegarkan litar pabila pertarungan hebat antara si 'King' Rossi dengan Marc dalam perebutan P2. Tentangan hebat daripada Baby Alien telah memberi sinar harapan buat 'haters' Rossi untuk melihat The Doctor terus merudum dan adanya sang juara baru. Ini juga meningkatkan lagi kehangatan drama MotoGP lantas menjadikannya lebih popular. Marc Marquez terus membina empayar baru dengan berjaya memenangi 6 gelaran juara dunia setakat ini dan masa sekarang masih lagi dilihat relevan serta berkemampuan untuk menambah bilangan gelaran.
Zaman silih berganti dan buat masa ini para 'haters' Marc yang tidak sabar-sabar ingin melihat kegemilangannya merudum, mula memberi perhatian kepada Pedro Acosta. Pelumba muda Sepanyol itu menjadi harapan utama buat mereka yang sememangnya anti Marc. Adakah akan berjaya? Apa yang saya lihat ia sangat sukar kerana 3 sebab ini:
1. Desmosdici jauh lebih power.
Buat masa ini, Ducati berada di kumpulan A manakala KTM pula berada di kumpulan C. Ini bermakna KTM berada dua tapak di belakang Ducati dan itu sememangnya amat jauh.
Tidak boleh kita nafikan bahawa kemampuan jentera amat penting bagi seseorang pelumba itu menang. Keadaan Pedro kini tidak begitu baik untuk melawan Marc kerana kemunduran senjata jika dibandingkan ketika Marc melawan Rossi dahulu di mana Honda dan Yamaha berada di tahap yang sama kuat.
2. Fizikal Marc masih fit.
Marc Marquez mengalami kecederaan yang teruk di Tahun 2020 sehingga terpaksa berehat hampir dua tahun. Beberapa kali pembedahan dibuat dan pada tahu lepas beliau dilihat tidak lagi terganggu dengan masalah tersebut. Ini akan menjadikan Marc sentiasa bersedia untuk bertarung sepenuhnya seperti mana Pedro Acosta.
3. Marc lebih pengalaman.
Tahun ini ialah tahun ke-13 Marc berlumba di kelas perdana dan menjadi pelumba paling senior selepas Aleix Espargaro bersara tahun lepas. Pengalaman Marc bertarung di atas litar antara senjata terkuatnya untuk terus menang apabila melawan adik-adik junior yang lain.
Teruskan bersama Two Wheels....!
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment