Target 2025 Jack Miller bersama Yamaha

Nicolo Bulega mula 'Demand'




Pelumba kian meningkat naik di pentas wsbk, Nicolo Bulega telah berjaya menamatkan saingan 2024 dengan berada di tempat kedua keseluruhan, tewas di saat-saat akhir kepada Toprak Razgatlioglu. Tahun lepas ialah tahun pertamanya berlumba di kategori tertinggi dan bergandingan dengan juara dunia, Alvaro Bautista.

Persembahannya amat baik dan bagus lantas menjadi calon juara dunia untuk tahun ini. Misinya jelas ingin menjadi pelumba nombor satu lalu meneguhkan lagi namanya di peringkat dunia.

Atas prestasi yang amat memberangsangkan tersebut, Bulega dikatakan telah berbincang dengan pihak Ducati supaya gajinya dinaikkan. Kontrak antara beliau dan Ducati akan tamat pada hujung 2025 ini. Dikatakan oleh pengurusnya bahawa Bulega bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya di sana disediakan peluang yang lebih besar dan menarik.

Teruskan bersama Two Wheels...!!

#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM

#NB11 #Ducati #wsbk

Comments

Follow Us