Pedro Acosta, Bintang masa depan dengan tunggangan unik

Pedro Acosta, pelumba muda berbakat yang kini menjadi bintang dalam generasi baharu MotoGP, memukau penonton dengan kelajuan dan kawalannya yang luar biasa. Namun, menurut Pol Espargaro, bekas pelumba KTM yang kini bertugas sebagai pelumba ujian dan wartawan TV MotoGP, Acosta memiliki rahsia unik yang menjadikan dia begitu pantas di atas litar.

“Acosta membuka pendikit ketika sedang membrek,” kata Pol. “Teknik ini pernah digunakan oleh Valentino Rossi ketika kemuncak kerjayanya bersama Yamaha, tetapi Rossi hanya membuka pendikit sekitar 20 peratus semasa membrek. Saya pernah mencuba meniru teknik ini, tetapi hampir terbabas di selekoh pertama di Mugello”, tambah Pol sambil ketawa.

Menurut Pol, Acosta bukan sahaja menguasai teknik membrek seperti Rossi, tetapi juga mempunyai kawalan mesin yang sangat tepat, memanfaatkan sepenuhnya kelebihan fizikalnya. “Dia menggunakan tubuh badannya secara aktif untuk memiringkan jentera, tetapi tetap memastikan pergerakannya lancar dan tidak membebankan mesin. Dia juga sangat bijak menggunakan keseluruhan litar untuk memaksimumkan kelajuannya.”

Namun, teknik seperti ini bukan untuk semua orang. Ia memerlukan kemahiran, pengalaman, dan ketangkasan yang luar biasa untuk melakukannya dengan selamat. Pol mengingatkan, “Jangan sesekali cuba membuka pendikit ketika membrek jika anda tidak tahu caranya. Anda bukan sahaja akan terbabas, malah boleh mendatangkan bahaya di jalan raya”, nasihat Pol.

Pedro Acosta kini membuktikan bahawa dia bukan sahaja pelumba berbakat tetapi juga seorang inovator di atas litar, membawa MotoGP ke tahap yang lebih tinggi.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 Red Bull

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #TWracing #TWhub #MotoGP #PA37 #RedBull

Comments

Follow Us