Skuad Terkuat KTM Untuk MotoGP Musim 2025

Pemilihan MiniGP 2025 dituntaskan


FIM MiniGP Malaysia baru sahaja menamatkan sesi pemilihan bagi musim 2025, yang berlangsung dengan jayanya di South Area, Petronas Sepang Circuit. Acara ini menarik perhatian 20 peserta yang telah hadir daripada 31 pelumba yang mengisi online, bersaing mengisi kekosongan dalam kategori FIM MiniGP 160 dan SIC Ohvale Junior Championship.

Senarai pelumba terpilih

Daripada jumlah tersebut, dua pelumba telah terpilih untuk FIM MiniGP 160, manakala sembilan pelumba berjaya menempah tempat dalam SIC Ohvale Junior Championship. Proses pemilihan berjalan lancar di bawah cuaca yang sangat baik, memberikan suasana yang kondusif untuk pelumba mempamerkan bakat mereka.

Sesi pemilihan ini dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman Sergio Mora, yang merupakan jurulatih dari ZK Racing, Sepanyol, bersama Zulfahmi Khairuddin, ikon motosikal tempatan. Kedua-dua mereka menilai prestasi peserta dengan teliti berdasarkan kemahiran, teknik, dan potensi masa depan dalam dunia perlumbaan motosikal.

Pemilihan ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi dan komitmen FIM MiniGP Malaysia dalam melahirkan generasi baharu pelumba berbakat, tetapi juga memperkukuhkan Malaysia sebagai hab pembangunan bakat dalam arena motosikal antarabangsa. Pelumba-pelumba yang terpilih kini bersedia untuk memulakan perjalanan mereka di pentas kejohanan dengan harapan mencipta nama di peringkat dunia.

Comments

Follow Us